Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Umat Islam Akan Terus...

KUALA LUMPUR - "Umat Islam akan terus menjadi sasaran fitnah (barat) kerana agamanya....

SKMM Perlu Perhebat Usaha...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa mengambil tindakan proaktif...

Bincang Masalah Perumahan Rakyat...

PUTRAJAYA - Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan...

Inilah Bulu Mata Terpanjang...

BEIJING - Bulu mata yang panjang dan lentik boleh disifatkan sebagai perhiasan cukup...

PKP: Tunjuk Bil Air, Elektrik Pada Situasi Meragukan

KUALA LUMPUR – Arahan kepada pengguna jalan raya untuk menunjukkan bil air dan elektrik sebagai bukti mereka tinggal di sesuatu lokasi hanya bagi situasi meragukan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata arahan untuk menunjukkan bil air dan elektrik bukan satu perkara yang diwajibkan ke atas semua individu, sebaliknya terhadap mereka yang gagal membuktikan mereka menetap dalam daerah Petaling Jaya.

“Sebagai contoh, ada individu yang sebelum ini diperiksa dalam sekatan jalan raya mendakwa tinggal di Damansara Perdana, namun kad pengenalan tertera alamat di Kajang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata helah individu terbabit terbongkar selepas gagal menunjukkan bil air dan elektrik kediaman di Kota Damansara sebelum mengaku tujuannya adalah untuk membeli buah.

“Justeru sekali lagi saya tegaskan bahawa arahan untuk menunjukkan bil air dan elektrik ini bukannya satu kemestian tetapi hanya terhadap segelintir pihak yang disyaki cuba melanggar arahan PKP.


“Dengan arahan ini sedikit sebanyak memudahkan pihak polis mengesan mereka yang ingkar untuk menuruti arahan kerajaan supaya berada dalam rumah atau kediaman masing-masing,” katanya.

Nik Ezanee turut memuji langkah efisyen ‘anak buahnya’ itu khususnya pegawai dan anggota Polis Daerah Petaling Jaya, ketika melakukan pemeriksaan sepanjang PKP.

Terdahulu sebuah portal berita menyiarkan laporan seorang anggota polis meminta pengguna jalan raya menunjukkan bil elektrik dan air bagi membuktikan alamat kediamannya. – BH Online

Kategori