PKP Tetap Berkuat Kuasa Hingga 12 Mei

PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa dan individu yang melanggar peraturan akan tetap dikenakan tindakan walaupun PKP Bersyarat (PKPB) akan bermula Isnin ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata polis masih mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap individu yang melanggar PKP mengikut Akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Pelaksanaan PKP tidak ditarik balik walaupun kerajaan mengumumkan mengenai PKPB. Ia (PKPB) cuma dilonggarkan kepada sektor tertentu untuk beroperasi dan tindakan tetap dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai PKP, di sini.

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 4 Mei.

PKPB membenarkan hampir semua sektor ekonomi beroperasi semula tetapi secara berhati-hati dengan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.