Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Pergerakan Antara Zon Di...

KUALA LUMPUR - Pergerakan perjalanan antara zon kuning/merah dan zon hijau di Sarawak,...

Kamal Adli Simpati Nasib...

KASIHAN... Bekas kekasih kepada Emma Maembong, pelakon Kamal Adli bersimpati dengan ujian berat...

Risau Papa Kedana Lepas...

APABILA menjelangnya hari raya, pasti ramai yang berkeinginan untuk tampil serba baru. Biasalah,...

Ali Abd Jalil –...

APAKAH anda mengenali dan ingat Ali Abd Jalil?Seorang aktivis kontroversi yang melarikan diri...

PKP: Sorok Anak Dalam But Kereta Untuk Rentas Daerah

BUTTERWORTH – Tindakan seorang wanita yang mahu merentas daerah dengan menyembunyikan anak tirinya dalam but kereta kerana lebih dua individu dalam kenderaan tidak berjaya, apabila polis mengesan perbuatannya itu di sekatan jalan raya di Kilometer 2.4 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) di sini, petang semalam.

Wanita berusia 35 tahun yang memandu kereta jenis Proton Waja melalui sekatan jalan itu jam 5 petang dan memberitahu kepada polis yang bertugas mahu ke sebuah pasar raya di Seberang Jaya untuk membeli pakaian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata ketika itu ada seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di tempat duduk hadapan penumpang. 

“Anggota polis kemudian meminta wanita itu mengalihkan kenderaannya ke bahu jalan untuk pemeriksaan lanjut apabila curiga dengan keadaan kereta yang nampak mendap.

“Hasil pemeriksaan mendapati ada seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang juga anak tiri wanita itu dalam but kereta berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 


Shafee berkata, polis mengeluarkan kompaun RM1,000 terhadap wanita itu kerana gagal mengemukakan permit pergerakan merentas daerah dan diarahkan berpatah balik. 

Terdahulu, viral di media sosial hari ini apabila beberapa gambar seorang lelaki yang dipercayai bersembunyi di dalam but kereta untuk merentas daerah. 

Situasi itu menarik perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dengan insiden berkenaan. – BH Online

Kategori