Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Sekolah Pondok Didaftar...

KUALA LUMPUR - Sehingga kini, tiada sekolah pondok layak didaftarkan sebagai Sekolah Agama...

Jabatan Imigresen Kedah Berkas...

LANGKAWI - Tujuh puluh sembilan warga asing diberkas dalam operasi Jabatan Imigresen Kedah...

Misi Ekspedisi Shahrom Tawan...

PUTRAJAYA - Selepas tertangguh selama dua minggu akibat cuaca buruk di Messner Inlet,...

Jijik! Tahi Kucing Bergelumang...

MEMUALKAN! Itu ungkapan paling layak diberi terhadap situasi yang dirakamkan oleh seorang individu...

PKP Secara Pentadbiran Di Kawasan Jangkitan COVID-19

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran di kawasan bersasar yang mencatatkan kes jangkitan COVID-19 secara mendadak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tumpuan kerajaan ketika ini adalah di kawasan yang dikenal pasti berlaku peningkatan kes jangkitan.

“Jika ada kenaikan mendadak, kita akan membuat PKP secara pentadbiran dahulu seperti di Chow Kit.

“Semalam sudah disebutkan kalau berlaku peningkatan lagi, mungkin kawasan itu akan dilaksanakan PKP Diperketatkan (PKPD) pula.

“Sekarang kita sasarkan kawasan berkenaan (jangkitan mendadak) berdasarkan lokaliti dan kluster,” katanya pada sidang media harian selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan langkah akan dilaksanakan kerajaan susulan pertambahan Zon Merah daripada sembilan kepada 10 kawasan semalam termasuk Petaling.


Ismail Sabri berkata, kerajaan sentiasa memantau jumlah kes positif di mana-mana kawasan termasuk di Petaling.

“Kalau kita lihat dari dulu Petaling ini memang kawasan merah kerana ada dua kawasan jadi merah iaitu Seri Petaling dan Lembah Pantai.

“Tetapi tumpuan kita bukan seperti dahulu, bukan seluruh Petaling tapi di kawasan dikenal pasti saja. Kita bersedia menghadapi perkara disebutkan tadi,” katanya.

Kategori