Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PAR Johor Telus Melindungi...

KLUANG - Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor sentiasa bertindak dengan cekap dan telus...

Mahkamah AS Benar Kirim...

WASHINGTON DC - Anda tentu pernah mengirimkan bungkusan untuk insan tersayang atau sebab...

Maut Ketika Jalani Rawatan...

EQUADOR – Seorang ratu cantik remaja, Catherine Cando, meninggal dunia dalam keadaan tragik...

7,315 Jemaah Haji Diperiksa...

KUALA LUMPUR - Tiada jemaah haji tahun ini yang pulang ke Malaysia dilaporkan...

PKP Fasa Tiga Berjaya Ratakan Lengkung Covid-19

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang berakhir hari ini menunjukkan kejayaan dalam meratakan lengkung jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia dapat dilihat dengan peningkatan kes yang pulih sekaligus turut menurunkan jumlah kes aktif.

Menurutnya, pencapaian itu adalah hasil daripada tindakan proaktif dan agresif Kerajaan dalam aktiviti-aktiviti pembendungan penularan Covid-19 sepanjang tempoh sebelum dan semasa PKP.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Pelaksanaan PKP fasa 3 akan memasuki fasa 4 mulai esok iaitu 29 April 2020. Setakat ini, didapati jumlah kes harian sering menunjukkan tren menurun dan kadang kala mendatar.

“Dengan peningkatan kes-kes yang pulih daripada Covid-19, ini menjadikan jumlah kes aktif semakin menurun sepanjang fasa ketiga PKP. Ini sekaligus berjaya meratakan lengkung (flattening of the curve) dan negara kini memasuki fasa pemulihan.


“Misalnya, jumlah kes aktif pada hari ini adalah 1,719, berbanding kes aktif tertinggi, iaitu 2,596 pada 5 April lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, pelaksanaan PKP telah membantu mengurangkan interaksi di antara ahli masyarakat dan mengurangkan kebolehjangkitan Covid-19, selain aktiviti pengesanan kes secara aktif, KKM dengan pelbagai agensi menggunakan pendekatan tertumpu.

“Ini dapat memastikan fasiliti KKM dapat menampung bilangan pesakit Covid-19 di Malaysia, termasuk kapasiti unit rawatan rapi (ICU) dan kapasiti penggunaan mesin bantuan pernafasan (ventilators) di hospital,” katanya.

Kategori