Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

7 Pelajar Perempuan Lolos...

KUBANG PASU - Tujuh pelajar perempuan sebuah asrama akhlak di Jitra dekat sini...

Pengubahsuaian Bajet 2016 Jimatkan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian kepada...

Tahniah! Isteri Sam Bunkface...

TAHNIAH kepada Sam Bunkface atau nama sebenarnya Shamsul Annuar bin Mohd Baharom, 28,...

Tak Boleh Terima Orang...

KUALA LUMPUR - “Saya jaga bayi di wad, saya tidak pernah buat anak...

PKP Atau PKPB Ambil Kira Kepentingan Rakyat

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih ketat atau kembali kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas 4 Februari ini bergantung keputusan mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pada masa ini kerajaan mengambil kira kepentingan semua pihak berhubung kesan yang menimpa mereka sekiranya PKP lebih ketat dilaksanakan.

Beliau berkata, berdasarkan reaksi dan maklum balas sebahagian besar rakyat, mereka mahukan kerajaan melaksanakan PKP sama seperti Mac lalu, manakala ramai juga mengharapkan kerajaan memberikan kelonggaran disebabkan faktor ekonomi.

“Pelbagai reaksi timbul apabila tular dalam media sosial kononnya akan ada PKPB di seluruh negara selepas 4 Februari ini, ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju.

“Yang bersetuju mereka mahukan ‘lockdown’ sepenuhnya sama seperti PKP fasa pertama iaitu supaya perniagaan tidak dibuka, duduk di rumah dan tidak boleh keluar kerana boleh membantu mempercepatkan penurunan kes COVID-19,” katanya pada sidang media harian COVID-19 hari ini.


Beliau berkata ramai juga yang tidak bersetuju terutama peniaga serta mereka bergaji harian.

“Jadi apabila membuat keputusan, kerajaan akan melihat secara keseluruhan, kita mahu menjaga kesihatan tetapi dalam masa sama kita mahu melindungi kepentingan rakyat terutama golongan miskin, peniaga mikro tepi jalan yang terpaksa bergantung kepada jualan harian,” katanya. – BH Online

Kategori