Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Cederakan Isteri...

BUKIT MERTAJAM - Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang penjawat awam...

Anak Johor Sudah Selesa...

KUALA LUMPUR - DAP menegaskan rakyat Johor tidak lagi mempedulikan tentang dakwaan UMNO...

Larangan Guna Nama Parti...

KUALA LUMPUR - Pendaftar Pertubuhan (ROS) melarang Parti Amanah Negara digunakan sebagai nama...

Kekang Kerapuhan Perpaduan Sesama...

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat khas sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 hari...

PKP: 64,651 Kompaun Dikeluarkan Tahun Lalu

SHAH ALAM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan sepanjang penguatkuasaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 31 Disember tahun lalu, sebanyak 64,651 kompaun telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sebanyak 30,921 tangkapan telah dibuat ke atas pesalah yang ingkar PKP.

“Sebanyak 3,460 reman dan 23,012 pendakwaan telah dilaksanakan,” katanya semasa berucap dalam Amanat Tahun Baharu 2021 yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook KDN pada Jumaat.

PKP mula dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu bagi mengekang penularan Covid-19 dalam negara dan pada permulaannya ia dibuat selama dua minggu.

Hamzah menambah, dari segi pengurusan penahanan, KDN juga telah bertindak proaktif dengan mewartakan 11 buah penjara sementara.

“Dan dalam perancangan untuk menggunakan lima kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi kesalahan ringan dan pesalah ingkar PKP,” katanya.

Menurutnya, bagi mengekang penularan Covid-19 yang dibawa warga asing, kawalan sempadan antara fokus utama kerajaan sepanjang tempoh PKP.

Beliau berkata, disebabkan itu, Op Benteng telah dilancarkan bermula dari 1 Mei tahun lalu di bawah kendalian National Task Force (NTF).


“Op Benteng antaranya telah berjaya melaksanakan objektifnya untuk mengekang pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui tangkapan dan pengusiran, tangkapan ke atas tekong dan merampas bot haram yang cuba memasuki perairan negara,” katanya.

Selain itu, Hamzah berkata, kementeriannya juga telah menetapkan beberapa dasar penting bagi tujuan kawalan kemasukan warga asing di pintu masuk negara.

“Antara dasar tersebut ialah pertama, menamatkan kemudahan pengecualian visa (eNTRI) bagi warganegara China dan India.

“Kedua, sekatan diteruskan terhadap kemasukan pelancong dan warganegara asing dari negara yang berisiko tinggi.

“Dan ketiga pembatalan eNTRI dan beberapa lagi dasar-dasar lain,” katanya. – Sinar Harian

Kategori