PKP 3.0: Tiada Moratorium Menyeluruh Secara Automatik

KUALA LUMPUR – Moratorium menyeluruh secara automatik tidak akan dilaksanakan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ketiga bermula esok.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata bagi membantu peminjam, bank akan terus menawarkan bantuan bayaran balik kepada pelanggan yang memerlukan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan terkini itu.

“Dengan bank sudah tersedia dengan bantuan pembayaran balik termasuk moratorium bersasar yang ditawarkan kepada pelanggan yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan terjejas.

“Peminjam boleh menghubungi pelbagai saluran lain yang telah diwujudkan termasuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan BNM Telelink untuk menawarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2021 secara maya hari ini. 

Yang turut serta, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. – BH Online