Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Video Penyokong Indonesia Dipukul...

KUALA LUMPUR - Siasatan awal polis berkaitan video tular yang menunjukkan beberapa warga...

Petani Disaran Tidak Tumpu...

ARAU - Petani di Perlis disaran supaya tidak menumpukan kepada aktiviti pertanian tradisional,...

Bakat Muda Liverpool, Woodburn...

ANAK didik Liverpool, Ben Woodburn diberikan kontrak jangka panjang berikutan prestasi selama 12...

Kerajaan Akan Penuhi Obligasi...

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memenuhi obligasi membayar hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB)...

PKNS Akan Segera Bawa Pulang Mangsa Nahas Bas Di Turki

SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Turki dan Wisma Putra untuk segera membawa pulang semua mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas di Turki semalam.

PKNS menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah menerima laporan daripada Kedutaan Malaysia di Turki berhubung kejadian itu.

Menurut pihak kedutaan, kemalangan melibatkan sebuah bas dinaiki 35 rakyat Malaysia itu berlaku pada jam 11 pagi waktu Turki.

PKNS dalam satu kenyataan rasmi mengesahkan, seorang kakitangannya maut dalam nahas itu.

“Mangsa terlibat yang juga anggota PKNS mengikuti aktiviti percutian dan dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappadocia sebelum terbabit kemalangan di Afyonkarahisar.


“Seorang meninggal dunia, empat lagi cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Afyonkarahisar manakala selebihnya cedera ringan serta dalam keadaan stabil.”

Terdahulu PKNS mengesahkan seorang kakitangannya maut dalam nahas bas di Turki semalam.

Menerusi satu kenyataan rasmi, PKNS memaklumkan Azalan Miswan disahkan meninggal dunia pada jam 11.45 pagi waktu Turki.

Kategori