Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Semua Pihak Perlu Jadi...

ALOR SETAR - Semua pihak perlu menjadi rakan strategik kepada Agensi Antidadah Kebangsaan...

Tour Selamat Malam Rohingya...

SETELAH berjaya menyebarkan mesej Solidariti Demi Rohingya dalam Basking4Rohingya di Sogo KL pada...

Kedai Runcit Tetap Dibuka...

BESUT - Walaupun kedai runcitnya dinaiki air sehingga 0.3 meter, Norazeha Ismail tetap...

Jerebu: Indonesia Perlu Beri...

GEORGETOWN - Kerajaan Malaysia wajar menuntut pampasan daripada kerajaan Indonesia terhadap kerugian yang...

PKD Muallim Kesan Kes Pelajar Positif COVID-19

IPOH – Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muallim mengesahkan ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah itu positif COVID-19 selepas menjalani saringan menerusi Ops Hantar Pelajar.

PKD Muallim dalam satu kenyataan di laman Facebook, berkata susulan itu, pihaknya dengan bantuan pusat kesihatan IPT itu mengambil inisiatif membuat pengesanan kontak rapat yang berkemungkinan dijangkiti COVID-19 di salah satu kampus IPT itu.

“Tujuannya adalah untuk mengesan awal secara pencarian aktif kemungkinan positif COVID-19 dalam kalangan warga IPT kampus itu.

“Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pengesanan aktif, saringan kesihatan COVID-19, sampel ujian calitan COVID-19, arahan kuarantin, pendidikan kesihatan COVID dan pengurusan kesihatan mental dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan itu, malam tadi.

Menurut kenyataan itu lagi, PKD Muallim meminta semua warga daerah itu tidak panik, sentiasa berada di rumah dan keluar sekiranya ada urusan penting sahaja.

Kategori