Pistol Diacu Kepala, Pemain Colombia Bernasib Baik

PEMAIN pertahanan Deportivo Cali, Juan Quintero terselamat daripada kecederaan apabila kenderaannya ditembak.

Insiden tembak itu dipercayai selepas pasukan kelab Colombia itu gagal dalam aksi ‘play-off’ untuk divisyen satu.

Ketika kejadian Quintero berada dalam kereta bersama adiknya.

Dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal melepaskan tembakan ke arah kerata mereka, lapor media Colombia.

“Saya sedang memandu balik bersama adik dan sedar cermin kereta diketuk seseorang. Apabila melihat ke arah cermin itu, pistol sudah ditujukan ke arah saya,” ujar pemain berusia 23 tahun itu.

“Satu-satu yang saya buat adalah mengelak secepat mungkin. Mereka melepaskan tembakan dan bernasib baik peluru hanya terkena pintu. Terima kasih Tuhan saya selamat dan tidak mencederakan adik saya.

“Kejadian ini tidak dapat terima, bola sepak adalah permainan. Hari ini saya jadi mangsa, mungkin esok pemain lain. Ia sepatutnya tidak berlaku.”

Quintero merakam penampilan lima kali bersama kelab Sepanyol Sporting Gijon musim lalu, dan bermain untuk Deportivo Cali.

Keselamatan pemain-pemain Colombia menjadi isu penting setalah kejadian tembak mati Andres Escobar selepas menjaringkan gol sendirti pada aksi Piala Dunia 2014 ketika menentang Amerika Syarikat. – Eurosport/mStar Online

Loading...