Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengumuman Mengenai Kutipan Tol...

SEMENYIH - Kerajaan akan membuat satu pengumuman penting berkaitan kutipan tol lebuh raya...

Najib Zahirkan Penghargaan Pihak...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan penghargaan kepada...

Yasin Terlepas Hukuman Gantung...

PETALING JAYA : "Saya amat bersyukur dengan keputusan ini," kata penyanyi nasyid dan...

KPDNKK Diminta Percepat Mekanisme...

LANGKAWI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diminta mempercepatkan usaha...

Pistol Dalam Kereta, Ada Orang Nak Aniaya Safee Sali?

SUSULAN penemuan pistol dan peluru hidup dalam kereta pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Safee Sali, semalam, pemain itu menafikan dia memiliki senjata tersebut.

Safee yang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara semalam memberitahu bahawa dia hanya menghantar kereta Ford Ranger miliknya ke sebuah kedai aksesori kereta untuk tujuan pengubahsuaian.

“Pacuan empat roda Ford Ranger itu milik saya tetapi bukan pistol atau peluru. Saya sangat terkejut kerana pistol berada dalam kenderaan saya. Ford Ranger itu memang milik saya tetapi bukan pistol yang dijumpai oleh pihak polis,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian.

Semasa kejadian, kenderaan milik Safee dipandu seorang lelaki dipercayai pemilik kedai aksesori tersebut.

Ford Ranger berwarna hijau itu ditahan ketika melalui susur keluar Kempas di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara pada jam 12 tengah hari kelmarin telah diperiksa polis trafik yang kemudian menemui sepucuk revolver disimpan dalam sebuah beg berwarna kuning diletakkan di tempat duduk belakang kenderaan tersebut.


Safee berkata dia menghantar keretanya ke kedai aksesori itu pada Sabtu lalu sebelum bertolak ke Shah Alam bagi perlawanan akhir Piala FA 2016.

Mungkinkah ada pihak sengaja mahu aniaya bintang bola sepak terkenal itu dengan meletakkan bahan larangan tersebut dalam keretanya? – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori