Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Apple Lancar 3 Model...

APPLE Inc. secara rasmi memperkenalkan model telefon baharu yang dinanti-nantikan para penggunanya di...

Bekas MP Langkawi Meninggal...

Bekas Ahli Parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad, 61, dilaporkan meninggal dunia meninggal dunia kira-kira...

Bapa 2 Anak Dipenjara...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri susu formula bayi di sebuah pasar raya, bapa...

Rakyat Perlu Terima Kesulitan...

KUALA LUMPUR - Kesulitan yang bakal dihadapi warga kota berikutan demonstrasi jalanan bagi...

Pippa Middleton Bertunang Dengan Jutawan

ADIK perempuan kepada pasangan diraja Britain, Kate Middleton dan Putera William iaitu Pippa Middleton bakal berkahwin dengan seorang jutawan.

Menurut media tempata, Pippa Middleton, 32; telah pun dilamar teman lelakinya James Matthews, 40; di Lake District, barat laut England pada hujung minggu lalu.

Pippa Middleton Bertunang Dengan Jutawan

Pippa Middleton Bertunang Dengan Jutawan

Menurut sumber terdekat pasangan itu kepada portal antarabangsa, Pippa telah bersetuju menerima lamaran Matthews iaitu seorang Pegawai Eksekutif Eden Pock Capital Management, semalam.

Berita penerimaan lamaran itu diterima baik oleh pasangan Putera William dan Kate, kata jurucakap Istana Kensington.

Pippa dilihat menyarung sebentuk cincin berlian yang berharga 200,000 pound (kira-kira RM1 juta) dengan mengenakan blaus berwarna putih keluar dari sebuah kediaman.

Pippa Middleton Bertunang Dengan Jutawan


Pippa Middleton Bertunang Dengan Jutawan

Jelas portal itu lagi, Pippa dan Matthews telah bercinta lebih setahun lalu dan pasangan sensasi itu juga baru-baru ini dilihat bersama di sebuah perlawanan tenis Wimbledon.

Bagaimanapun, tiada sebarang tarikh lagi ditetapkan oleh pasangan berkenaan. Namun ura-ura mengatakan perkahwinan Pippa dan Matthews akan berlangsung pada tahun hadapan.

Perkahwinan pasangan bujang sensasi ini dikatakan akan menjadi bualan hangat orang awam sebagaimana perkahwinan kakaknya, Kate Middleton dan Putera Williams lima tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori