Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Exco PAS Tak Perlu...

KUALA LUMPUR – Tindakan PAS yang dilihat cuba untuk mengheret institusi raja dalam...

Man City Nafi Pernah...

MANCHESTER City menafikan laporan mengenai kelab tiu cuba dan gagal mendapatkan penyerang Lionel...

MCA Tekad Bangkit Tebus...

SEREMBAN MCA bertekad untuk bangkit kembali memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya...

Nikon Lancar Tiga Kamera...

LAS VEGAS - Pengeluar kamera Jepun, Nikon Corporation, hari ini melancarkan tiga kamera...

Pindah Kelab, Senyuman Neymar Cetus Tanda Tanya

PEMAIN pasukan Paris Saint-German (PSG), Neymar sudah beberapa kali dikaitkan dengan khabar angin perpindahan ke Barcelona dan Real Madrid.

Kali ini, Real Madrid dikatakan sedang giat berusaha mendapatkan pemain berusia 26 tahun itu bagi menggantikan Cristiano Ronaldo yang berpindah ke Juventus, baru-baru ini.

Malah, Neymar dikatakan menerima tawaran itu dari kelabnya sendiri, sewaktu perpindahan musim panas, lapor beberapa pihak.

Untuk rekod, Neymar berpindah dari Barcelona ke PSG pada 2017.

Sementara itu, Neymar sewaktu diajukan soalan mengenai perpindahan ke Barcelona pula mengambil pendekatan untuk berdiam diri.


Dia ditemui sewaktu mewakili pasukan kebangsaannya, Brazil dalam perlawanan menentang Uruguay pada Jumaat lalu.

Selain berdiam diri, Neymar dikatakan hanya melemparkan senyuman sejurus diajukan mengenai perpindahan tersebut.

Jika benar Neymar menyertai Barcelona, dia bakal membarisi pasukan hebat yang terdiri dari nama-nama besar seperti Lionel Messi, Luis Suarez, Philippe Countinho dan ramai lagi. – Express.Co.UK/Marca.Com/mStar Online

Kategori