Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Masyarakat Rohingya Kumpul Sumbangan...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM) akan menyumbang...

Kemuka Permohonan Baharu BPN...

CYBERJAYA - Pemohon baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 terutama di kawasan pelaksanaan...

Barcelona Juara La Liga...

JARINGAN hatrik Lionel Messi memberi kemenangan bergaya 4-2 Barcelona ke atas Deportivo La...

Lelaki Ditahan Miliki 60kg...

TANJUNG MALIM - Polis menahan seorang lelaki kerana memiliki daun ketum seberat 60...

Pindaan Akta Kerja Dibentangkan Mac Depan

KUALA LUMPUR – Pindaan kepada Akta Kerja 1955 dijangka dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun depan, kata Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran.

Beliau berkata akta itu yang kali akhir dipinda pada 2013 akan melibatkan pindaan yang agak besar kali ini.

Beliau berkata kerajaan sudah dalam peringkat akhir peringkat akhir selepas beberapa sesi perbincangan dengan pihak berkepentingan dan pertubuhan bukan kerajaan, dan kini menunggu laporan akhir daripada jawatankuasa bebas sebelum meneruskan pembentangan.

“Terdapat 38 perkara utama (semuanya) …yang sedang diteliti dan mereka seharusnya dapat menyiapkan laporan itu mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-menteri Buruh ASEAN di sini hari ini

Ditanya mengenai laporan bahawa jawatankuasa bebas itu sepatutnya menyerahkan laporan pada akhir tahun ini, beliau menyatakan bahawa kabinet sebenarnya telah bersetuju untuk memberi jawatankuasa itu lanjutan masa sehingga Februari.

“Bagaimanapun saya meminta mereka menghantar laporan itu tidak lewat daripada Januari, dan saya memberi jaminan sebaik sahaja diluluskan laporan itu akan disiar secara dalam talian” katanya merujuk kepada operasi pengurusan standard kementerian yang sentiasa melibatkan orang ramai. – BERNAMA

Kategori