Pinangan Ditolak, Lelaki Rogol Teman Wanita

AJAL, maut, jodoh dah pertemuan semuanya kerja Allah S.W.T. Siapalah kita sebagai manusia nak menolak takdir yang dah ditentukan.

Kelmarin, seorang gadis telah dirogol oleh teman lelakinya gara-gara mangsa menolak lamaran lelaki itu untuk berkahwin dan berjumpa dengan kedua ibubapanya.

Mangsa dan suspek merupakan pelajar di sebuah kolej swasta. Suspek yang berusia 30-an itu telah merogol kekasihnya yang berusia 29 tahun itu dekat sebuah hotel murah di Kepong.

Mangsa telah meminta suspek menghantarnya pulang ke rumah tapi di pertengahan jalan, mangsa telah diberi air yang telah diletakkan ubat tidur supaya ‘operasi membalas dendam’ itu berjaya dilakukan.

Dah kena ubat tidur, apa lagi… habis tubuh si gadis diratah oleh si manusia durjana. Dah dirogolnya, disuruh pula untuk minum gam. Apalah motif nak diminum gam tu? Nak bagi dia tutup mulut ke macam mana?

Lelaki tersebut telah mengamuk dan mengurung mangsa di dalam hotel bajet itu kerana bengang wanita itu tak mahu minum gam tersebut.

Dalam keadaan separa sedar, mangsa telah menghubungi kaunter pertanyaan hotel tersebut dan kakitangan hotel telah menghubungi pihak polis bagi menyelamatkan mangsa.

Sebab tu lah kadang kalau orang dah tak sudi, untuk apa kita nak paksa. Ikutkan nafsu, habis masa depan meringkuk dalam penjaralah nanti. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

*Video sekadar hiasan…

Loading...