Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

TH Jawab Mengenai Kedudukan...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) akan menjawab segala dakwaan mengenai kedudukan...

Guna Pengangkutan Awam Ke...

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta menggunakan pengangkutan awam untuk ke upacara penutup...

Pangkalan Rahsia Perisik UK...

AGENSI perisik GCHQ UK yang berpangkalan secara rahsia di London, akhirnya didedahkan buat...

Hamas Sedia Berunding, Berdamai...

KAHERAH - Hamas bersetuju untuk berunding dengan pergerakan Fatah bagi membubarkan jawatankuasa pentadbiran...

Pilihan Raya Sebelum Atau Dalam Bulan Mei?

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi memberikan bayangan bila pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan diadakan.

Ahmad Zahid dalam ucapannya ketika merasmikan Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2018, di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (Sabda) di sini hari ini menggambarkan PRU14 akan dilaksanakan sebelum atau pada bulan Mei selepas dimaklumkan lokasi terakhir serta penutupan jelajah berkenaan akan diadakan di Miri pada 2 Mei.

“Itu mungkin dah lambat dah. Kalau boleh mintaklah cepat sikit, takut perancangan tiba-tiba berubah. Sekian sahaja,” katanya ringkas pada majlis berkenaan.

Sebelum ini Ahmad Zahid pernah memberi bayangan beberapa kali mengenai bila PRU14 akan diadakan, antaranya, selepas Tahun Baharu Cina iaitu dalam bulan Februari, ketika beliau menghadiri satu majlis di sini pada November tahun lalu

Malah Ahmad Zahid juga sekali lagi memberi bayangan ketika menghadiri Program Mahabbah Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Al Islah, Teluk Intan pada Februari lalu bahawa PRU14 akan dilaksanakan sebelum Hari Raya Aidilfitri. – BERNAMA

Kategori