Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Remaja Jerman 3 Tahun...

BERLIN - Seorang remaja memiliki kuku sepanjang 14.8 sentimeter selepas tidak memotongnya sejak...

Israel Mula Sasar Pemimpin...

SEORANG komander Hamas dan lima warga Palestin terbunuh dalam satu operasi Israel di...

Bn Pahang Yakin Pengundi...

LIPIS - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yakin pengundi...

TNB Hulur Bantuan Sekolah...

KUALA PILAH – Seramai 100 murid daripada keluarga kurang berkemampuan di daerah ini...

“Pilih Saya Atau Isa” – Kata 2 Untuk Pemegang Saham

KUALA LUMPUR – Krisis dalaman anak syarikat Felda, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) antara dua tokoh pentingnya kini semakin memuncak.

Terbaharu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad memberi kata dua kepada pemegang saham untuk memutuskan sama ada beliau atau pengerusinya, Tan Sri Isa Samad yang perlu meninggalkan FGV.

Zakaria dalam satu temu bual dengan media berkata, beliau tidak boleh untuk terus berada di FGV dalam situasi sedemikian.

“Dalam keadaan ini, saya tidak boleh terus bekerja di FGV. Pemegang saham perlu buat keputusan… sama ada Isa atau saya (tinggalkan FGV).

“Bagaimana saya mahu bekerja sekiranya dia (Isa) masih ada? Pemegang saham boleh memilih salah seorang, mereka boleh buat keputusan,” katanya dipetik mStar Online.

Beliau turut mengesyorkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Maaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan salah laku dalam FGV serta pihak di sebalik kontrak.

“Di atas kertas, segala-galanya adalah atas lembaga pengarah. Saya jemput SPRM untuk siasat… siapa di belakang semua tawaran, siapa orang yang beri kontrak, syarikat mana dan mengapa hanya syarikat ini dapat kontrak,” katanya.

Sementara itu, Isa pada sidang media semalam mendedahkan tindakan untuk mengarahkan Zakaria bercuti adalah bagi menyiasat dakwaan salah laku melibatkan jutaan ringgit daripada Delima Oil Products Sdn Bhd-Safitex, termasuk tunggakan pembayaran.


Menurutnya, siasatan terhadap Zakaria dijalankan susulan daripada hasil siasatan yang telah dilakukan oleh syarikat audit, PricewaterhouseCoopers yang tidak boleh dinyatakan kepada umum.

“Hasil siasatan awal berapa bulan lalu mendapati ada salah laku urus niaga dengan Delima Oil dan Safitex dan lembaga pengarah mencadangkan beliau letak jawatan supaya (perkara ini) tidak menjadi isu besar. Tetapi dia tak nak,” katanya.

Mohd Isa juga berkata FGV terbuka untuk berkerjasama dengan SPRM bagi siasatan.

Difahamkan, tanggungjawab sebagai Presiden dan CEO FGV akan diambil alih oleh sebuah Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah terdiri daripada dua ahli lembaga pengarah FGV, Datuk Dr. Omar Salim dan Datuk Mohd. Zafer Mohd. Hashim bersama Ketua Kluster Logistik, Azman Ahmad.

Manakala tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan pula akan diambil alih sementara oleh Pengawal Kewangan Sektor Perladangan, Aznur Kama Azmir. – MYNEWSHUB.CC

Kategori