Pilih Petron! Kenapa Bukan BHP, Caltex?

BONGKAR… Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pelantikan Petron Fuel International Sdn. Bhd. sebagai pembekal petrol dan diesel kepada kenderaan…

BONGKAR… Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pelantikan Petron Fuel International Sdn. Bhd. sebagai pembekal petrol dan diesel kepada kenderaan Kerajaan Persekutuan dilihat pelik.

Ini kerana umum sedia maklum bahawa pemilik syarikat minyak dari Filipina itu ialah anak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri dan bimbang akan timbul konflik kepentingan susulan pelantikan aneh tersebut.

“Sudah tentu timbul soal isu pemilik Petron yang boleh menjadi konflik dari segi keputusan terutama sudut moral. Petronas merupakan syarikat milik negara dan rakyat Malaysia. Jadi akan timbul banyak persoalan cepumas.

“Mengapa Petronas dibenarkan diganggu gugat sumber pendapatannya melalui perbelanjaan kerajaan dengan tidak lain tidak bukan oleh pihak Kerajaan Malaysia sendiri,” katanya ketika ditemui media di ibu negara pada Jumaat.

Bekas perdana menteri dan menteri kewangan tersebut mendedahkan persoalan menarik itu kepada media pada majlis perkelahan santai dengan beliau dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Botani Perdana.

Sebaliknya tambah Najib, Petronas sepatutnya diberikan hak pengedar bahan api tunggal kerana syarikat bertaraf antarabangsa itu dimiliki sepenuhnya oleh negara dan bukan dikongsi bersama-sama dengan Shell sejak 1997 lagi.

Baca: Kenapa Anwar Kena ‘Senyap’ Isu Petron?

Juga: Di Mana SPRM? Ayuh Kita Boikot Petron!

Mana SPRM? Ayuh Kita Boikot Petron!

“Petronas merupakan syarikat yang sudah jadi kebangsaan negara jadi akan timbul persoalan kenapa syarikat yang berjaya di peringkat global lebih 40 negara, tetapi tidak dapat jadi pembekal tunggal kepada kenderaan kerajaan.

“Itu yang berlegar kepada banyak minda rakyat Malaysia hari ini,” kata Najib. Tambahnya Petronas ada stesen hampir semua kawasan dan sudah tentu bersama Shell, merupakan kombinasi memadai untuk kenderaan kerajaan.

“Jika alasan Kementerian Kewangan adalah untuk kemudahan, mengapa Caltex dan BHP yang jauh lebih lama pula diketepikan sedangkan mereka mempunyai bilangan stesen yang hampir sama banyak dengan Petron?” soalnya.

Untuk rekod, Datuk Seri Mirzan Mahathir merupakan ahli lembaga syarikat induknya, Petron Corporation. Beliau malah berjaya dipilih sebagai pengarah syarikat ternama Filipina itu pada 13 Ogos 2010 dan pegang 1,000 saham.

Kementerian Kewangan selepas tular pekeliling ‘bocor’ pada 3 Ogos lalu kemudian semalam berdolak-dalik dengan menyatakan Petron bukan pembekal tunggal minyak petrol dan diesel bagi kenderaan rasmi kerajaan Malaysia.

Menurut kenyataan tersebut, Petronas dan Shell masih lagi menjadi pembekal bahan api utama sejak 1997 untuk kegunaan semua kenderaan kerajaan persekutuan. – Agensi/Mynewshub.

Loading...