Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pengajar Tabika Kemas Miliki...

KUANTAN - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menyasar semua tenaga pengajar Tabikanya memiliki diploma...

‘Kasi Tekan Butang i-Citra...

Sebaik BN melakar kemenangan bergaya dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka, bekas perdana...

Bomba Selamatkan Kucing Terperangkap...

SEPASUKAN anggota bomba bertungkus lumus menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di dalam sebuah...

Umie Aida Akui Rindu...

AKTRES Datin Paduka Umie Aida akui dirinya rindu untuk kembali berlakon membawa watak...

PIL 1: NGO Alam Sekitar Terkejut JAS Beri Kelulusan

GEORGE TOWN – Sebuah badan bukan kerajaan alam sekitar menyuarakan kemarahannya terhadap tindakan Jabatan Alam Sekitar memberi kelulusan bersyarat kepada Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) tanpa menghiraukan amaran dan bantahan terhadap projek itu.

Presiden Sahabat Alam Malaysia, SM Mohamed Idris berkata, pihaknya “terkejut” dengan pengumuman kerajaan negeri yang JAS memberi kelulusan dengan 56 syarat kepada lebuh raya sepanjang 19.5km itu, walaupun projek itu terbukti tidak wajar dilaksanakan.

“Bagaimana JAS boleh meluluskan projek ini? Kami beri maklum balas terperinci mengenai banyak perkara yang dibangkitkan dalam Penilaian Kesan Alam Sekitar, termasuk alasan kukuh kenapa ia tidak wajar (dilaksanakan) sama sekali,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulangi isu seperti risiko membina terowong melalui bukit sensitif, kesan ke atas kesihatan awam dan bagaimana ia akan menjejaskan penduduk di sepanjang laluan dirancang.

“Isu-isu ini sangat serius. Kami menggesa semua 56 syarat didedahkan kepada umum. Ia tidak patut dirahsiakan kerana terdapat bantahan besar-besaran mengenai isu itu sebelum ini.”

Beliau merujuk amaran diberikan saintis tanah, Kam Suan Pheng yang jajaran PIL 1 melalui bukit-bukau akan melalui 3 garis sesar “resapan air” yang boleh menyebabkan bukit-bukau itu runtuh.

Ia bagaimanapun disangkal penyokong projek itu yang berkata, kaedah kejuruteraan yang digunakan akan memastikan keselamatan terowong terbabit.

Pengerusi Persatuan Penduduk Tanjung Bunga, Meenakshi Raman membidas dakwaan ketua menteri yang PIL 1 mampu menyelesaikan masalah trafik dengan menyifatkannya “pendek akal”.

Katanya, lebih penting untuk mempertimbangkan jajaran lebuh raya itu yang didakwanya akan menjejaskan lanskap pulau itu secara drastik, memisahkan kejiranan matang dan juga sebuah taman awam.


“Nampaknya kerajaan Pulau Pinang tekad menjadikan Pulau Pinang seperti Bangkok, memusnahkan daya tarikan unik Pulau Pinang,” katanya merujuk masalah trafik di ibu negara Thailand itu.

Beliau turut menggesa JAS mendedahkan 56 syarat demi kepentingan orang ramai dan ia perlu dikaji kumpulan alam sekitar sebelum perkembangan seterusnya berlaku.

PIL 1 meliputi 7.6km jalan ditinggikan dan 10.1km terowong melalui Bukit Bendera yang menghubungkan Persiaran Gurney di timur laut dan lapangan terbang di tenggara.

Pengguna lebuh raya itu boleh tiba di lapangan terbang dari Persiaran Gurney dalam masa 15 minit.

Projek berharga RM7.5 bilion itu dikritik pencinta alam yang bimbang ekosistem sensitif di pulau itu akan musnah. – FMT

Kategori