Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pusat Aktiviti Warga Emas...

ARAU - Warga emas diminta memanfaatkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang menawarkan...

Gempar… Kemunculan Buaya Bencana...

PENDUDUK di Kampung Lubuk Punggur Simunjan, Sarawak gempar dengan kehadiran seekor buaya yang...

5 Senator Angkat Sumpah...

KUALA LUMPUR - Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Datuk Dr Ariffin SM Omar yang...

Culik: Tindakan Tegas Kepada...

PORT DICKSON - Kementerian Kesihatan akan mengenakan tindakan tegas terhadap pengarah dan pegawai...

Pikotaro Pun Sambut Donald Trump Di Jepun

TOKYO – Pelawak dan penyanyi, Pikotaro dijadual menghiburkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ketika lawatan rasmi pemimpin itu ke Jepun awal bulan depan.

Pemain golf keempat terbaik dunia, Hideki Matsuyama juga dijadual bermain golf bersama Trump dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di padang golf berhampiran Tokyo.

Pikotaro yang popular dengan lagu Pen-Pineapple-Apple-Pen (PPAP) akan hadir dan membuat persembahan pada majlis makan malam dianjurkan Abe, kata sumber kerajaan.

Pikotaro menjadi popular sekelip mata selepas video dia menyanyikan lagu PPAP itu menjadi tular pada tahun lalu selepas dikongsi bintang pop, Justin Bieber.

Lagu PPAP juga dicatatkan dalam Buku Rekod Dunia Guinness sebagai lagu paling pendek disenarai dalam carta lagu Billboard Hot 100.

Satu rakaman video menunjukkan Arabella yang berusia enam tahun menyanyi lagu PPAP menjadi tular pada November tahun lalu.


Abe yang ketika itu mengadakan perbincangan dengan Trump di New York berkata, dia seronok melihat video Arabella itu.

Trump dijadual membuat lawatan rasmi ke Jepun pada 5 hingga 7 November ini dalam peringkat pertama lawatannya ke lima negara Asia.

Pembantu Abe merasakan penting untuk menghiburkan Trump ketika kunjungannya ke negara itu, memandangkan kedua-dua pemimpin mempunyai hubungan yang baik. – Agensi/myMetro Online

Kategori