Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Majoriti Bekas Tentera AS...

WASHINGTON - Majoriti tentera Amerika Syarikat (AS) yang dipecat kerana salah laku dalam...

Smart Reader Lebar Sayap...

KUALA LUMPUR - Smart Reader Worldwide Sdn Bhd merancang‎ melebarkan sayapnya sehingga ke...

Dapur Sebuah Rumah Rosak...

SEREMBAN - Hujan lebat sejak petang semalam, mengakibatkan kejadian tanah runtuh hingga bahagian...

Kenapa MoU MIDA, CCCC...

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng diminta menjelaskan dakwaan berhubung pemberian tanah dan...

PIKOM Lantik Alan Fung Sebagai CEO

KUALA LUMPUR – Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) melantik Alan Fung, tokoh terkenal dalam industri ICT, sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) sekretariat yang baharu.

Fung yang bekerja dalam pelbagai subsektor industri lebih 30 tahun​​​​​​​, adalah pengarah eksekutif PIKOM dari 1994 hingga 2000 sebelum menceburi bidang keusahawanan apabila menubuhkan syarikatnya sendiri.

Beliau juga pernah bekerja di MNC, termasuk Digital Equipment Corp, syarikat komputer global kedua terbesar pada 1990-an.

Dalam satu kenyataan hari ini, Fung berkata beliau gembira diberi peluang menyertai semula PIKOM pada masa ini yang mencabar kepada industri serta dapat membantu persatuan dalam perjalanan transformasinya.

“Keutamaan saya termasuk memberi pendekatan baru kepada PIKOM untuk menjadikannya lebih relevan dengan landskap ICT yang berubah-ubah, dengan mempelawa generasi baru syarikat anggota untuk menjadi sebahagian daripada persatuan serta memulakan inisiatif berkaitan bidang Blockchain, AI, Internet of Things, Robotik dan IR4.0, ” katanya.

Sebelum kembali ke PIKOM, Fung memegang jawatan pengurus kanan Bahagian Pembangunan Perusahaan di Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dan juga merupakan anggota pasukan pengasas Program Pemecutan dan Inovasi Global (GAIN) MDEC yang telah memberi tumpuan kepada globalisasi syarikat teknologi tinggi Malaysia yang berpotensi tinggi.


Pengerusi PIKOM Ganesh Kumar Bangah berkata majlis berharap untuk melihat PIKOM memainkan peranan yang lebih aktif untuk industri, di bawah bimbingan dan sokongan Fung yang berpengalaman luas.

“Mengenai masa hadapan, kami ingin mewujudkan persatuan yang lebih kuat dan lebih dipercayai dengan penawaran mengikut keperluan anggota sedia ada, baharu dan masa depan yang menjadi penggerak industri ICT, antara industri yang paling pesat berkembang di Malaysia.”

Fung, pemegang Ijazah Komputer Sains dan Pentadbiran Perniagaan dari University of Guelph di Ontario, Kanada, juga merupakan setiausaha kehormat PIKOM pada awal tahun 2000-an. – BERNAMA

Kategori