Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tindakan Pada Syarikat Ladang...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas syarikat tempatan yang beroperasi...

Manfaatkan Pusat Internet 1Malaysia...

JELI - Golongan belia dalam kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) digalakkan menggunakan...

Nokia Lancar Telefon Pintar...

BARCELONA - Finnish Nokia bakal melancarkan telefon mudah alih baharunya di Barcelona minggu...

Sah Lagu Indonesia Raya...

JAKARTA - Polis Indonesia menahan seorang pelajar warganegara itu, yang dipercayai terbabit dalam pembikinan...

PIKAS Bantu Turunkan Kes COVID-19 Lebih Pantas

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang memfokuskan pemberian vaksin di kilang, akan membantu menurunkan kes harian COVID-19 dengan lebih pantas, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, PIKAS yang bermula hari ini, akan mengurangkan jangkitan wabak itu dalam kalangan pekerja kilang apabila mereka dilindungi dengan lebih pantas menerusi pemberian vaksin.

Beliau berkata, vaksinasi pekerja sektor kilang dan pembuatan adalah penting berikutan ia adalah antara sub-sektor ekonomi yang penting dan berperanan dalam memulihkan ekonomi negara.

“Satu sektor yang agak penting ialah ekonomi, dengan pelbagai sub-sektor kecil termasuk perkilangan dan pembuatan.

“Daripada laporan harian yang dibentang Kementerian Kesihatan (KKM), antara sektor yang masih banyak terkesan dengan jangkitan COVID-19 di tempat kerja adalah sektor pembuatan dan perkilangan.

“Jadi, penting untuk kita memberi perhatian kepada sektor ini. PIKAS menjadi antara langkah kita untuk membantu menentukan kadar jangkitan COVID-19 dapat dikurangkan dan peratusan kes menurun dengan cepat, di samping pekerja diberi suntikan.

“Saya berharap dengan adanya usaha kerjasama awam dan swasta sebegini, langkah pemulihan negara kita akan tercapai,” katanya ketika melancarkan PIKAS dekat sini, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin melawat pelaksanaan PIKAS di kilang Texas Instrument, iaitu yang pertama di Selangor.

Yang turut hadir, Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Mengulas lanjut, Muhyiddin memaklumkan kerajaan mahu melaksanakan pemberian vaksin dengan lebih menyeluruh dan pantas, namun usaha itu dibatasi jumlah bekalan vaksin yang diterima negara. 


Katanya, pusat pemberian vaksin (PPV) di negara ini memiliki keupayaan untuk memberikan lebih banyak dos setiap hari berbanding yang diagihkan ketika ini, namun ia bergantung kepada bekalan vaksin yang ada.

“Sebagai contoh, di Texas Instrument, saya dimaklumkan pemberian vaksin adalah sekitar 300 dos sehari, namun keupayaan sebenar adalah dua kali ganda daripada jumlah itu.

“Bukan kita tak mahu tingkatkan, cuma bekalan vaksin perlu diagihkan di banyak tempat di seluruh negara, manakala ketibaan vaksin pula adalah secara berperingkat, bukan datang sekali gus.

“Jadi, kita terpaksa agihkan, sedangkan kita sebenarnya boleh buat lebih daripada yang kita lihat hari ini, tapi itu kita dah ambil kira,” katanya, merujuk pada jumlah pemberian vaksin yang melebihi 200,000 dos semalam.

Perdana Menteri percaya Malaysia berkeupayaan untuk memberikan lebih 300,000 dos sehari yang disasarkan sebelum ini, apabila bekalan vaksin tiba ke negara mengikut jadual.

Dalam pada itu, beliau turut mengulangi gesaan meminta badan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan membantu kerajaan meningkatkan jumlah pendaftaran penerima vaksin di negara ini, yang mencatatkan lebih 13.8 juta individu setakat semalam.

“Saya mohon kerjasama semua pihak, terutama badan bukan kerajaan untuk membantu menggerakkan pendaftaran rakyat untuk menerima vaksin, khususnya melalui MySejahtera supaya perancangan imunisasi negara boleh dicapai dengan lebih berjaya,” katanya. – BH Online

Kategori