Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bendera Palestin Dibenar Kibar...

NEW YORK - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebentar tadi meluluskan resolusi...

Rompakan Tiru Aksi ‘Fast...

SEKUMPULAN perompak dari Romania meniru aksi filem Fast and Furious lakona Vin Diesel...

RCI Forex: Anwar, Mahathir...

KUALA LUMPUR - Nama-nama yang bakal dipanggil bagi membantu siasatan dalam kes kemungkinan...

Jijik Sarung Tangan Dijumpai...

LAMAN Facebook group IRDK (Kelantan) sensasi dengan beberapa foto daripada individu bernama Abiey...

Pihak Pengurusan Nafi Lee Joon MBLAQ Cuba Bunuh Diri

BEKAS ahli kumpulan terkenal dari Korea Selatan, MBLAQ iaitu Lee Joon dilaporkan membuat cubaan membunuh diri ketika menjalani latihan ketenteraan baru-baru ini.

Sebelum ini, terdapat sebuah portal hiburan melaporkan Lee Joon telah bertemu pihak atasan dan menunjukkan pergelangan tangannya untuk memberitahu bahawa dia telah melakukan cubaan membunuh diri.

Bukan itu sahaja, Lee Joon juga dilaporkan telah dibawa ke ‘Green Camp’ yang merupakan penempatan bagi para pelatih yang menghadapi masalah serta kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kem tentera.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak pengurusan, Prain TPC malah keluarga Lee Joon turut dikatakan terkejut apabila mengetahui berhubung hal berkenaan.

“Laporan yang mengatakan Lee Joon menunjukkan pergelangan tangannya kepada pihak atasan dan cuba membunuh diri atau dibawa ke Green Camp adalah tidak benar sama sekali.


“Kami telah mengesahkan berita ini kepada keluarga Lee Joon dan mereka mengakui amat terkejut apabila mendengar perkhabaran tersebut,” kata pihak pengurusan dipetik sumber.

Lee Joon telah menjalani khidmat latihan ketenteraan sejak Oktober 2017 lalu dan dilaporkan bakal tamat pada 23 Julai 2019 depan. – MYNEWSHUB.CC/Agensi/AM

Kategori