Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hulu Langat Bakal Berdepan...

HULU LANGAT - Selepas ditimpa musibah banjir teruk akibat hujan semalam, penduduk daerah...

Masa Depan V Shem-Wee...

KUALA LUMPUR – Masa depan gandingan beregu badminton lelaki negara Goh V Shem-Tan...

Siapa Sebenarnya Gadis JPJ...

MENJADI perbualan hangat di laman sosial terutamanya Facebook dan Twitter berkenaan gambar seorang...

Ahli Parlimen BN Perjelas...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menemui Datuk Seri Mohamed...

Piala Dunia: Rusia Intai Misi Ke Pusingan Kalah Mati

TUAN rumah Piala Dunia 2018, Rusia semakin hampir mara ke pusingan kalah mati selepas lakar kemenangan 3-1 ke atas Mesir dalam perlawanan kedua Kumpulan A di Stadium Saint Petersburg, sebentar tadi.

Tempat Rusia di pusingan kalah mati bakal terjamin jika Uruguay tidak tewas di tangan Arab Saudi dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, malam ini.

Jika Uruguay menewaskan Arab Saudi dengan keputusan 3-0, ia akan memastikan tempat pasukan dari benua Amerika Selatan itu dan Rusia ke pusingan kalah mati biarpun berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan.

Terdahulu, Ahmed Fathi memberi gol pendahuluan kepada Rusia apabila tertampan bola masuk ke gawang sendiri, dua minit selepas babak kedua bermula.


Rusia terus mengukuhkan kedudukan apabila meraih gol kedua menerusi jaringan Denis Cheryshev pada minit ke-59 sebelum Artem Dzyuba meledak gol ketiga pasukan itu pada minit ke-62.

Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah yang kali pertama beraksi sejak mengalami kecederaan bahu ketika final Liga Juara-Juara bulan lalu menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-73. – Reuters

Kategori