PH Zalim ‘Curi’ Duit Rakyat Tanpa Turun Harga Petrol

PENYAMUN… Pakatan Harapan (PH) boleh dianggap sebagai sebuah kerajaan zalim kerana berani bertindak secara terbuka ‘curi’ wang rakyat marhaen dengan tidak turunkan harga petrol.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mereka merompak wang rakyat dengan menaikkan harga minyak walhal harga bahan bakar itu sepatutnya sudah turun berdasarkan harga rendah minyak mentah dunia.

“Kalau harga sepatutnya RM1.90 (berbanding harga kekal RM2.20 sekarang) maka 40 sen itu mereka (kerajaan PH) rompak, ratusan ribu pengguna, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu

“Mereka (kerajaan PH) juga tidak minta kebenaran (rakyat) pun. Masa saya ialah timbalan menteri kewangan, mekanisme itu jika harga pasaran lebih rendah daripada sepatutnya, bakinya dikenakan tax oleh kerajaan.

“Mereka merompak wang rakyat menaikkan harga minyak sepatutnya turun (ikut sistem apungan),” ujarnya dalam soal jawab ‘Harga Petrol, Rakyat di SST (Samun Secara Terancang) di ibu pejabat UMNO di ibu negara malam tadi.

Ahmad juga menyifatkan apa yang berlaku sebagai ‘rompakan di tengah hari buta’. Bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bandar Tun Razak yang juga seorang peguam, Adnan Seman menjadi moderator program tersebut.

Ahmad juga menganggap rejim PH sekarang bukan sahaja kerajaan u-turn, malah sudah boleh dianggap kerajaan v- turn kerana membuat pusingan tajam berbentuk V dan bukan lagi pusingan U.

Subsidi pukal petrol juga disifatkan Ahmad sebagai subsidi tersasar kerana ia tidak adil apabila secara jelas memberi keuntungan kepada mereka yang kaya dan memiliki banyak kenderaan berbanding orang miskin.

“Saya bukan bukan penyebar fitnah. Ini fakta dan rakyat boleh menilai sendiri… rindu benar zaman BN,” kata Ahmad dalam nada sinis lagi.

Beliau juga mengulangi kenyataan yang beliau tidak sesekali akan melompat dari UMNO seperti sesetengah wakil rakyat UMNO yang lain. – Agensi/Mynewshub.TV

Loading...