Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

The Weeknd Cadang Sekedudukan...

PENYANYI lagu I Feel It Coming The Weeknd dilaporkan telah membeli sebuah rumah...

Kassim Ahmad Sertai UMNO...

KUALA LUMPUR - Tokoh akademik Allahyarham Kassim Ahmad pernah menyertai UMNO pada 1986...

Insurans Hayat Dikecualikan GST,...

PETALING JAYA - Premium untuk insurans hayat tidak akan dikenakan Cukai Barang dan...

Ahli Gimnastik Miliki Jantung...

SEORANG ahli gimnastik berusia 22 tahun, telah menyenaraikan beberapa perkara yang akan dilakukannya...

PH Tidak Pernah Janji Hapus Lantikan Politik – Sivarasa

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa berkata, Pakatan Harapan (PH) tidak pernah berjanji untuk menghapuskan keseluruhan lantikan politik dalam syarikat berkait kerajaan (GLC), selain mendakwa ada pihak menyalah tafsir manifesto gabungan politik itu.

Bercakap kepada FMT, Sivarasa berkata, manifesto tersebut menyebut dengan jelas bahawa PH akan memastikan lantikan ke GLC dibuat atas dasar merit dan profesionalisme, bukannya menghapuskannya sama sekali.

“Tidak semua orang yang ada kaitan politik tidak layak,” katanya.

“Dengan perkataan lain, individu yang mempunyai kaitan politik boleh dilantik ke dalam lembaga pengarah sekiranya beliau mempunyai pengalaman dan kelayakan yang perlu untuk tugas itu.

“Kita perlu dinilai berdasarkan janji yang dibuat, bukan atas anggapan atau tafsiran orang lain mengenai janji itu,” katanya.

Beliau memberi respons terhadap komentar seorang pakar ekonomi yang berkata, beberapa lantikan politik dibuat dalam beberapa GLC di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, meliputi lapan wakil dari PPBM, PKR dan Amanah sebagai pengarah dan enam daripada mereka kalah dalam pilihan raya umum tahun lepas.

Edmund Terence Gomez juga membidas sistem naungan itu dengan berkata, kerajaan menggunakan mekanisme sama yang digunakan oleh UMNO dengan memberikan jawatan kepada individu yang setia kepada parti.

Sivarasa bagaimanapun berkata, lantikan politik dalam GLC penting bagi memastikan syarikat terbabit bekerja selaras dengan matlamat dan dasar Putrajaya.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan berkompromi berhubung prinsip ketelusan dan akauntibiliti, selain menjaga dan mengutamakan kepentingan GLC dan orang awam.


“Kami yakin di bawah PH, kita tidak akan menyaksikan skandal kewangan dan rasuah yang pernah berlaku, misalnya dalam Felda, Tabung Haji, 1MDB, Mara dan GLC lain di bawah Barisan Nasional (BN).

“GLC akan berperanan memenuhi kepentingan orang awam dan tidak disalahgunakan untuk kepentingan individu atau parti,” katanya.

Gomez juga menggesa supaya GLC ditempatkan di bawah pemantauan Jawatankuasa Khas Parlimen dengan berkata, isu tersebut berkait rapat dengan persoalan kawalan, bukannya sama ada lembaga pengarahnya merupakan profesional atau bukan.

Sivarasa berkata, ia adalah pendapat Gomez dengan menambah bahawa manifesto PH menjanjikan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen yang akan menerima laporan pencapaian GLC daripada Kementerian Kewangan.

“Orang ramai mungkin mempunyai pandangan sendiri tentang bagaimana GLC harus beroperasi. Kita hormati pandangan mereka, tetapi kami sepatutnya dinilai berdasarkan janji yang dibuat dalam Buku Harapan.

“Berhubung GLC, kita mesti baca keseluruhan Janji 22 dan juga konteks Buku Harapan secara keseluruhannya, bukannya memetik perkataan dan frasa di sana sini.” – FMT

Kategori