Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rakyat Thai Berdoa Agar...

BANGKOK - Ratusan rakyat Thailand memakai kemeja warna kuning dan merah jambu memenuhi...

Budak Masuk ICU, Jururawat...

AKIBAT kecuaian, seorang budak lelaki berusia 14 tahun terpaksa dimasukkan ke unit rawatan...

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-37...

KUALA LUMPUR - Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 bermula Khamis, menyaksikan Perdana Menteri, Tan...

David Bowie Meninggal Dunia...

LEGENDA muzik terkenal, David Bowie meninggal dunia akibat penyakit kanser yang menyerangnya sejak 18...

PH Tak Perlukan PAS – Saifuddin

KAJANG – Pakatan Harapan (PH) tidak memerlukan PAS sebagai rakan sekutu yang baharu, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, sekiranya wujud idea atau percubaan untuk memasukkan PAS dalam PH, ia mesti berasaskan prinsip konsensus rakan-rakan pakatan itu.

“Jadi saya tengok ia kekal sebagai satu khabar politik biasa tapi saya tak nampak sebab dan alasan untuk PH menerima keanggotaan baharu,” katanya ketika ditanya mengenai desas-desus wujud gerakan membawa PAS berganding dengan PH.

Beliau ditemui ketika melakukan pra-pelancaran Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Makanan (PPPM) bagi Program Food Bank Malaysia di Bukit Angkat, Kajang di sini hari ini.

Semalam media melaporkan Parti Amanah Negara (Amanah) menolak sebarang gerakan atau cadangan untuk membawa masuk PAS menyertai kerajaan semata-mata untuk menarik sokongan rakyat kepada PH.


Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub dilaporkan berkata, tiada keperluan ketika ini untuk ‘menyerap’ PAS ke dalam Putrajaya atau negeri dikuasai PH atas alasan pengaruh parti itu mampu memberi kelebihan kepada kerajaan.

Ditanya mengenai laporan berita yang memetik Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam sebagai berkata, PH akan menjadi kerajaan sepenggal jika ia tidak berubah dan masalah dalamannya berlarutan, Saifuddin berkata, rakyat mempunyai kebijaksanaan untuk membuat penilaian.

“Kita percaya kepada kebijaksanaan rakyat, kita tidak pernah memandang rendah kebijaksanaan rakyat dan fokus kita sekarang adalah untuk melaksanakan apa juga komitmen dan janji kita. Akhirnya rakyat adalah hakim yang terbaik,” jelasnya.

Kategori