Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gambar: Si Comel...

ISTILAH photobomb digunakan untuk mengambarkan individu mahupun objek yang secara tiba-tiba menyelit dalam...

Lelaki Tunjuk Kemaluan Kepada...

PUTRAJAYA – Lelaki gila seks yang bertindak menujuk kemaluan kepada pelajar sekolah di...

Polis Selamatkan Ratusan Budak...

New Delhi - Polis di India menyelamatkan ratusan kanak-kanak sekecil enam tahun yang...

Ahli Parlimen Sokong Ismail...

KUALA LUMPUR: Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia (BBC) hari ini menzahirkan sokongan mereka...

PH Sudah Lama Sokong Mahathir Sebelum PAS

SHAH ALAM – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyindir tindakan PAS yang mahu membawa usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Dewan Rakyat.

Katanya, pemimpin Pakatan Harapan (PH) sejak sekian lama telah menyatakan sokongan kepada Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri sebelum PAS mahu berbuat demikian dan membawa usul tersebut ke Dewan Rakyat.

“PH sudah lama menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri sebelum PAS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pada satu sidang media bersama memaklumkan usul undi percaya akan dibawa ke Dewan Rakyat.


Menurutnya, usul itu bertujuan menyokong Dr. Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal.

Katanya, keputusan tersebut diambil setelah mendapati wujud beberapa pihak yang menggembar-gemburkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Perdana Menteri itu namun sehingga kini tiasa usul undi tidak percaya dibuat oleh mana-mana pihak. – Sinar Harian

Kategori