Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

1MYC, Proton Ubah Landskap...

TANJUNG MALIM - Inisiatif kerajaan menjadikan Tanjung Malim sebagai perintis pelaksanaan Bandar Belia...

Acer Cipta ‘Tasbih’ Khas...

SYARIKAT teknologi Taiwan, Acer telah mencipta 'tasbih' moden yang unik dan amat membantu penggunanya yang beragama...

Adam Dan Noah, Nama...

DIKENALI dengan gelaran angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya,...

PAS Terpinggir Kerana Dianggap...

KUALA LUMPUR - PAS sedia dipanggil oleh Kerajaan Pusat bagi memberikan nasihat dan...

PH Sarawak Minta KM Lebih Berani Suara Isu MA63

KUCHING – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, yang juga pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen menyeru Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg supaya lebih berani apabila menyuarakan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Putrajaya.

Menteri Muda Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri itu menyatakan demikian apabila diminta mengulas tentang penubuhan jawatankuasa pemandu bagi mengembalikan hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63.

Chong, yang juga Anggota Parlimen Stampin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa, menegaskan bahawa Abang Johari perlu lebih berani untuk berdepan perdana menteri dan katanya, jumlah wakil Sarawak (hanya tiga orang) dalam jawatankuasa itu tidak seharusnya menjadi halangan kerana perkara paling penting ialah kemampuan mereka untuk merundingkan tuntutan mereka.

Katanya, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu menetapkan terma rujukan dan agendanya untuk diteliti jawatankuasa berkenaan.

Menurut Chong, sebenarnya, PH Sarawak telah berunding dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menurut beliau, telah bersetuju memberi kepada Sarawak 20 peratus royalti minyaknya dan 50 peratus daripada jumlah hasil yang diperoleh negeri ini.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan mendapatkan kembali autonomi penuhnya tentang penjagaan kesihatan serta pendidikan dan akan menggunakan jumlah itu (royalti minyak dan hasil) bagi tujuan pembangunan pendidikan dan penjagaan kesihatan di negeri ini, termasuk pembinaan sekolah, hospital dan kemudahan infrastruktur lain, membayar gaji staf dan guru, membeli ubat-ubatan serta kelengkapan dan perbelanjaan lain.

“Mereka (kerajaan negeri) boleh mengesahkan perkara ini dengan perdana menteri pada bila-bila masa, tetapi ia sebenarnya terkandung dalam manifesto pilihan raya kami. Jika mereka tolak tawaran itu, maka segala-galanya perlu dibawa kembali kepada jawatankausa pemandu berkenaan dan mereka boleh berjumpa semula dengan Tun Dr Mahathir tentang perkara itu,” katanya.


Chong berkata, melihat kepada komposisi jawatankuasa itu, Semenanjung Malaysia mempunyai lapan wakil, manakala Sabah dan Sarawak mempunyai lapan wakil (tiga dari Sarawak dan lima dari Sabah).

“Sabah mungkin akan sokong Sarawak kerana kedua-dua negeri berkongsi kepentingan dan matlamat yang sama,” katanya.

Chong juga berkata beliau tidak faham kenapa kerajaan GPS menolak ‘pakej’ berkenaan.

“Adakah disebabkan ego mereka atau kerana ia datang daripada saya?” tanya beliau, sambil menambah bahawa pada akhirnya, mereka perlu melalui jalan yang panjang apabila jawatankuasa pemandu itu perlu berjumpa dengan Dr Mahathir untuk berunding. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MA63

Kategori