Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengarah TV Dipecat Silap...

JAKARTA - Seorang pengarah eksekutif TV Pakistan dipecat gara-gara kesalahan ejaan ibu negara...

MRT Perlu Capai 250,000...

KUALA LUMPUR - Projek Transit Aliran Massa (MRT) memerlukan jangkauan sekurang-kurangnya 250,000 penumpang...

Bayaran Imbuhan, Bonus 1MDB...

KUALA LUMPUR - Imbuhan dan bonus yang dibayar kepada eksekutif tertinggi 1Malaysia Development...

Gila! Seorang Bapa Bertindak...

DEK kerana tidak mahukan anak perempuan, seorang bapa di Tripura, India nekad menanam anak...

PH Lapor Polis ‘BossKu’ Lawat Kedah 3 Hari

ALOR SETAR – Kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program tiga hari di Kedah bermula esok terus mendapat halangan dan sabotaj pihak tertentu.

Kelmarin, pimpinan parti politik dari kawasan Jerlun didakwa cuba mensabotaj program Najib yang akan menghadiri ceramah perpaduan ummah di tapak markas PAS Kampung Hutan Palas, Kodiang.

Difahamkan, pimpinan parti politik itu telah mengarahkan pihak tertentu membuang kain rentang mengenai kehadiran Najib atau popular dengan gelaran BossKu itu yang dipasang di sekitar kawasan Kubang Pasu di sini.

Semalam pula, difahamkan sekumpulan ahli Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap Najib di Sungai Petani atas sebab kehadiran bekas Presiden UMNO itu dikhuatiri boleh mengganggu ketenteraman awam.

Pada Februari lalu, ketika Najib berkunjung ke Langkawi, turut terdapat ahli PH membuat laporan polis meskipun kunjungan beliau hanya untuk bergambar bersama rakyat serta bercuti.

Najib dalam statusnya Facebooknya berkata, esok beliau akan ke Kedah untuk beli harumanis Padang Terap dan bertemu kawan-kawan namun 16 ahli PH telah membuat laporan polis.

“Saya juga diberitahu oleh kawan-kawan di Kedah bahawa PH sudah mula sabotaj program-program lawatan saya.

“Saya jangka ahli-ahli PH ini mungkin mengadakan demonstrasi besar-besaran sebanyak enam atau 10 orang semasa saya ada di sana.


“Baik, itu hak masing-masing.

“Tapi, saya nak memberi sedikit nasihat bahawa ejaan betul untuk Rakyat ialah R.A.K.Y.A.T, bukan Raykat. Tulis elok elok di sepanduk,” kata Najib dalam status Facebooknya di sini, hari ini.

Najib hadir ke Kedah selama tiga hari bermula esok dan dijangka menghadiri beberapa program di Kodiang, Alor Setar, Sungai Petani serta beberapa kawasan lain.

Antara program yang akan disertai Najib adalah ceramah perpaduan ummah di Kodiang pada malam esok dan Sabtu selain program bersama pendakwah, Ustaz Ahmad Husam Baderudin.

Kategori