Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tular Video Tidak Puas...

GERIK - Menjelang penamaan calon pada Sabtu ini, tular satu video berlakunya kekeocohan...

HSA Terbakar: Dun Kelantan...

KOTA BHARU - Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) hari ini merakamkan ucapan...

Hope Solo Dakwa Jadi...

BINTANG bola sepak Amerika Syarikat (AS) Hope Solo mendakwa bekas Presiden FIFA Sepp...

Pelajar Tangguh Pengajian, Jaga...

ALOR SETAR - Seorang pelajar sanggup menangguhkan pengajiannya di Kolej Universiti Islam Selangor...

PH Kedah Perlu Bergerak Sebagai Kerajaan Campuran

ALOR SETAR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta keempat-empat parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) di Kedah supaya bergerak sebagai kerajaan campuran dan bukannya secara berasingan mengikut parti masing-masing.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata ini kerana sebagai parti pemerintah di Kedah, kedudukan PH tidaklah terlalu kuat dan ia memerlukan kesepakatan dan perpaduan yang kukuh antara PPBM, PAN, PKR serta DAP bagi mengekalkan pemerintahan di negeri ini.

“Saya berpendapat bahawa kita tidak harus tumpu pada kedudukan diri kita, iaitu sama ada kita dapat itu atau ini, sama ada kita dapat jawatan atau tidak, kita tentukan bahawa kita bergerak sebagai kerajaan campuran dan bukan sebagai parti-parti yang berasingan,” katanya menerusi rakaman video yang disiarkan pada Konvesyen Kepimpinan PH Kedah di sini hari ini.

Majlis perasmian konvensyen itu disempurnakan Pengerusi PH Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Dalam rakaman video itu, Mahathir turut meminta agar konvensyen itu menumpukan kepada usaha mengukuhkan kerjasama dan bukannya mengenai kedudukan sesuatu parti atau individu tertentu kerana ia dikhuatiri akan melemah serta menyukarkan perpaduan dalam PH.


“Oleh itu saya harap konvensyen ini menumpu kepada kerjasama dalam PH dan tidak kepada perkara-perkara lain berkenaan dengan kedudukan orang itu dan orang ini…ini tidak penting.

“Kalau kita tidak boleh bekerjasama, saya yakin kita tidak akan lama jadi menjadi kerajaan…ini adalah mesej untuk Konvensyen PH ini dan saya harap konvensyen ini akan membuahkan fikiran bernas dan memperkukuhkan lagi kerajaan PH di Kedah,” katanya.

Kira-kira 700 pimpinan dan anggota parti komponen PH di Kedah menghadiri konvensyen itu yang berlangsung di Dewan Seri Mentaloon, di sini. – BERNAMA

Kategori