Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gunung Agung Bakal Meletus...

KLUNGKUNG - Hampir 35,000 orang dipindahkan dari sebuah gunung berapi di pulau pelancongan...

PRU15: PM Doa Keluarga...

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mendoakan Keluarga Malaysia selamat sampai ke kampung halaman dan...

Coklat Daim Dan Toblerone...

KUALA LUMPUR - Pengeluar coklat jenama Daim dan Toblerone, Mondelez International, menegaskan bahawa...

Gempar Ular Sawa, Tedung...

SINGAPURA – Dua ekor ular, dipercayai jenis sawa batik dan tedung selar, dilihat 'bergelut' di...

PH Kalah Di Rantau Tak Ubah Kerajaan – Mahathir

CYBERJAYA – Kekalahan parti kerajaan dalam mana-mana pilihan raya kecil (PRK) tidak akan mengubah kerajaan sedia ada, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), parti kerajaan kadang-kadang tidak mendapat sokongan dalam mana-mana PRK.

“Apapun yang berlaku dalam pilihan raya kecil, parti mana pun yang menang, kerajaan (Pusat) tetap sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Technomart Rel 2019 di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan PRK Rantau yang menyaksikan calon PH daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. S. Streram kalah kepada calon Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Timbalan Presiden UMNO itu yang memenangi kerusi DUN Rantau sejak 2004, memperoleh 10,397 undi daripada 56 saluran, mengatasi tiga pencabarnya dengan majoriti 4,510 undi.


Dalam pada itu, ditanya kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin PH memerlukan enam bulan lagi untuk membuktikan keupayaannya, Dr. Mahathir berkata, masalah utama yang dihadapi kerajaan sekarang ialah tiada sumber kewangan bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk rakyat.

“Kita hadapi banyak masalah, kita tak ada duit, duit telah dicuri, itu masalah utama kita. Anda mahu membuat sesuatu tetapi duit tidak ada,” katanya.

Kategori