Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Remaja Kerat Kaki Warga...

PASIR MAS - Mahkamah Majistret Pasir Mas hari ini memerintahkan seorang remaja lelaki...

Hamas Palestin Tidak Pernah...

KUALA LUMPUR - Hamas tidak pernah merestui kumpulan militan Daesh, juga dikenali sebagai...

Mohon Batal Fatwa Menyeleweng...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi akan mendengar pada 12 Nov permohonan Sisters in...

Timbalan MB Kelantan Ada...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mempunyai...

PH Gagal Laksana Manifesto, Sila Letak Jawatan

KUALA LUMPUR – Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyarankan agar pemimpin Pakatan Harapan (PH) meletakkan jawatan sekiranya gagal melaksanakan segala manifesto yang dijanjikan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Beliau malah menyarankan, PH mempunyai satu sistem pemantauan yang bertujuan meneliti segala janji dan polisi yang masih belum dilaksanakan di negara ini.

“Kita hendak kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan tanggungjawab itu termasuklah meletakkan jawatan sekiranya gagal melaksanakan segala manifesto yang pernah dijanjikan.

“Ini kerana, manifesto hanya boleh cakap sahaja tetapi sekiranya tidak dilaksanakan maka itu adalah menipu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas membentangkan Laporan Prestasi Kerajaan PH bagi Suku Tahun Pertama 2019 di Ibu Pejabat Gerakan di sini hari ini.

Mengulas mengenai laporan itu, Dominic berkata, Kerajaan PH memperoleh skor sebanyak 31 peratus bagi polisi yang diumumkan pada Januari sehingga Mac tahun ini.

“Ini adalah kajian yang kita laksanakan bagi memantau sebanyak 63 polisi atau keputusan yang diumumkan PH bagi tempoh tiga bulan pertama.


“Skor itu juga dinilai berdasarkan komitmen kerajaan, pelaksanaan dan respon rakyat terhadap setiap manifesto tersebut. Penilaian ini juga dibuat bukanlah hendak mengatakan bahawa kerajaan lemah tetapi ini adalah usaha kita membantu kerajaan supaya menunaikan setiap janji,” jelasnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan yang akan diadakan pada 11 Mei Depan, kata Dominic, parti itu akan membuat pengumuman lain.

“Kita akan umumkan kemudian kerana kita pernah bertanding di kerusi (Dewan Undangan Negeri) Elopura dan Tanjong Papat pada PRU-14 lalu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Kategori