• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Bohong Hutang Negara Bukan Turun Tapi Makin Naik

oleh
24/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak berhasrat untuk menurunkan hutang negara malah terdesak ingin menambahnya lebih tinggi berbanding kerajaan terdahulu.

Najib mendedahkan berdasarkan laporan rasmi pengurusan hutang Kementerian Kewangan yang mendakwa nisbah hutang langsung kerajaan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sepanjang penggal pilihan raya umum adalah lebih tinggi berbanding nisbah 48.7 peratus yang ditinggalkan kerajaan BN dahulu.

Menurutnya, laporan itu juga mengatakan jika trend hutang naik pada tahun 2018 dan 2019 di bawah PH diteruskan, maka hutang langsung negara akan cecah had undang-undang 55 peratus pada tahun 2021.

“Penurunan sedikit nisbah ini (namun masih di atas 51 peratus – iaitu lebih tinggi dari 48.7 peratus masa BN) hanya kelihatan pada tahun 2023 dan 2024. Masa itu, tak tentu lagi PH akan masih berkuasa.

“Dia harapkan Muafakat Nasional turunkan hutang yang mereka naikkan pada tahun 2023 dan 2024 ke? Masa saya PM, defisit negara turun 8 tahun berturut-turut. Akibat itu, nisbah hutang juga menurun ke 48.7 peratus pada suku pertama tahun 2018.

“Kini defisit dan nisbah sudah dinaikkan oleh PH dan dirancang untuk terus tinggi pula. Laporan juga kata kalau trend hutang naik pada tahun 2018 dan 2019 di bawah PH diteruskan, maka hutang langsung negara akan cecah had undang-undang 55 peratus pada tahun 2021,” tulisnya.

Dalam pada itu, Najib yang juga bekas Presiden UMNO memberitahu, jika trend begini diteruskan kerajaan dalam penggal lima tahun ini, maka hutang langsung negara akan benar-benar mencecah RM1 trilion berbanding RM686.8 bilion semasa pemerintahan BN.

“Sebab itu, hutang langsung negara telah mencecah RM800 bilion (berbanding RM686.8 bilion masa BN) dengan begitu pantas sekali di bawah PH. Nampak sangat bahawa orang yang mereka tuduh sebagai ‘perompak’ dan ‘pemusnah’ negara ialah orang yang turunkan nisbah hutang.

“Yang mendakwa diri sebagai ‘penyelamat negara’ dan berjanji akan turunkan hutang negara pula yang merancang untuk hutang negara yang lebih tinggi. Apa komen, Guan Eng? Adakah kementerian Kewangan PH tipu atau Menteri Kewangan yang bohong?” tulisnya.

Perkongsian Najib di Facebook miliknya kini tular di media sosial yang meraih 7,700 tanda suka dan rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib yang mengharapkan agar kerajaan menunaikan janji mereka. – Sinar Harian

Tags: hutang negaraNajib Tun Razakpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mufti WP Gesa Jawi Kuatkuasa Larang Sumpah Laknat Di Masjid

Next Post

Lelaki Disyaki Cabul Budak Di Tandas Surau Serah Diri

Related Posts

Geng Tikus Tumpas

Dewan Rakyat: Hutang Negara Meningkat Kepada RM1.08 Trilion

10/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Hutang Persekutuan pada akhir 2022 merekodkan sebanyak RM1.08 trilion, meningkat sebanyak RM99.777 bilion atau 10.2 peratus berbanding...

Hutang Negara Termasuk Liabiliti Cecah RM1.5 Trilion

Hutang Negara Termasuk Liabiliti Cecah RM1.5 Trilion

17/01/2023
0

PUTRAJAYA - Negara kini berdepan bebanan hutang sebanyak RM1.2 trilion dan jumlahnya mampu mencecah sehingga RM1.5 trilion sekiranya digabungkan bersama...

Next Post

Lelaki Disyaki Cabul Budak Di Tandas Surau Serah Diri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd