Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

TUDM Akan Buat Persembahan...

LANGKAWI - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah bersiap sedia untuk memberi persembahan...

Ramdan, Chi Wing Bakal...

IPOH - Juara Kejohanan Badminton Kebangsaan bakal ditentukan esok antara Misbun Ramdan Misbun...

Atasi Masalah Sawit Sebelum...

PENEROKA Felda tidak bersetuju dengan saranan kerajaan supaya pekebun mengehadkan peluasan tanaman kelapa...

Britain Sumbang Peluru Berpandu...

LONDON – Britain akan menghantar peluru berpandu anti kapal yang berupaya meletupkan Armada...

Petugas Protokol Minta Syed Saddiq Hantar PA Ke Kelas Komunikasi!

SELEPAS kontroversi membabitkan bekas pegawai akhbar sementara Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hangat diperkatakan pada minggu lalu, kini timbul pula cerita kurang enak tentang seorang lagi pegawai menteri berkenaan.

Kali ini ia melibatkan pegawai khas atau pembantu peribadi Syed Saddiq yang didakwa bertindak tidak sopan terhadap pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) ketika acara Pertarungan Juara-Juara yang berlangsung Sabtu lalu.

Isu ini dibangkitkan oleh seorang pegawai yang bertugas di bahagian protokol ketika pertandingan itu, yang menampilkan Manny Pacquiao dan Lucas Matthysse di Arena Axiata, yang mana dia meminta agar Syed Saddiq menghantar pembantunya itu ke kelas komunikasi agar tidak memalukan menteri tersebut pada masa akan datang.

Che Wan Sofiatul Shima Wan Chik yang mengemukakan saranan itu dalam bentuk bebenang di Twitter pada Isnin berkata: “YB (Yang Berhormat) @SyedSaddiq, minta jasa baik YB hantarkan Hidayah, PA (personal assistant) anda ke kelas komunikasi.

“Kurang pengalaman dan cara berbahasa. Maaf cakap,” tulisnya.

Che Wan Sofiatul Shima ketika dihubungi mStar Online pada Rabu mendakwa, wanita tersebut cuba menerjah masuk ke ‘Royal Box’ yang terhad kepada tetamu kehormat tanpa memakai pas.

Che Wan Sofiatul Shima memuat naik mengenai insiden itu di Twitter kerana ingin mendapat perhatian serius daripada Menteri Belia dan Sukan.

‘Royal Box’ adalah ruang yang menempatkan tetamu kehormat, dibarisi oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Presiden Filipina, Rodrigo Duterte; Syed Saddiq; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan pegawai tertinggi Filipina bagi menyaksikan pertandingan berkenaan.

Che Wan Sofiatul Shima mendakwa, pegawai khas Syed Saddiq itu membalas pertanyaan pegawai seksyen istiadat dan protokol jabatan berkenaan yang ingin mengetahui tujuannya masuk ke Royal Box dengan biadab.

“Pegawai tersebut adalah orang nombor dua terpenting di seksyen istiadat, tetapi pembantu Syed Saddiq menjawab soalan beliau dengan kasar.

“Dia membuat ekspresi tidak senang dan berkata ‘such a mess‘ (menyusahkan sahaja) kepada pegawai berkenaan.

“Apa yang lebih mengecewakan, pegawainya memberitahu orang lain bahawa pihak kami yang bersikap kurang ajar terhadapnya, walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya,” Che Wan Sofiatul Shima memberi penjelasan.

Ujarnya, Syed Saddiq harus menghantar wanita berusia 22 tahun itu ke kelas komunikasi untuk belajar tentang protokol kerana kelakuannya secara tidak langsung mencerminkan peribadi menteri tersebut.


Sementara itu, terdapat beberapa wartawan turut berkongsi pengalaman buruk mereka berurusan dengan Siti Nurul Hidayah melalui posting di media sosial.

Salah seorang daripadanya, Deegun pada kapsyen gambarnya bersama Syed Saddiq berkata: “Harap tadbir negara dengan baik dan tolong tegur pembantu anda, @sitinurulhidayahshaziman tu untuk melayan pengamal media dengan baik.

“Baru jadi PA (pembantu peribadi), tak perlulah nak ‘kekwat‘ (berlagak) sangat.

“Jangan sebabkan dia, pemimpin yang bagus seperti awak akan hancur. Terima kasih Saddiq,” ujar Deegun.

Sebelim ini, keengganan ahli Parlimen Muar menjawab pertanyaan media dalam satu video tular, mengundang kecaman netizen.

Posting yang dimuat naik oleh Siti Nur Hidayah pada Sabtu.

Menerusi video berdurasi 31 saat itu, Syed Saddiq turut meminta wartawan supaya merujuk kenyataan yang sudah diberikan di laman Twitter apabila diajukan soalan mengenai peletakan jawatan bekas pegawai akhbarnya, Numan Afifi Saadan.

“Maaf saya terpaksa pergi. Saya lewat, ada satu lagi perjumpaan selepas ini. Bro, saya minta maaf sangat.

“Saya sudah komen hal ini banyak kali, saya sudah komen di Twitter, sila rujuk Twitter saya. Ok bro jaga diri, Bye,” ujar Syed Saddiq sebelum menutup pintu kereta yang dinaikinya.

Berdasarkan tinjauan mStar Online di laman Twitter wanita berkenaan, dia seakan mengakui tentang keperluan untuk dirinya menjalinkan hubungan baik dengan pihak media.

“Sebagai seorang pegawai, saya tahu saya perlu ada hubungan baik dengan media, tapi saya tidak boleh tolak ansur dengan media yang tiada rasa hormat kepada orang lain.”

Siti Nurul Hidayah menulis Tweet tersebut pada sehari sebelum Pertarungan Juara-Juara berlangsung. – mStar Online

Kategori