Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

UMNO Jemput Semua Ahli...

KUALA LUMPUR - UMNO memanggil semua anggota Majlis Kerja Tertingginya (MKT) hadir mesyuarat...

Kastam Sarawak Hampiri Sasaran...

KUCHING - Kastam Sarawak menghampiri sasaran mendaftarkan 12,000 syarikat di bawah Cukai Barang...

Potong, Goreng Dan Makan...

AKIBAT terlalu geram, seorang lelaki berusia 25 tahun di Indonesia dikatakan telah memotong,...

Anak Kucing Hampir Mati...

CHINA – Penderitaan yang dialami oleh dua ekor anak kucing ini memang menyakitkan....

Petronas Bankrap Kalau Bayar Royalti 20 Peratus – Mahathir

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan pendirian konsisten tidak bersetuju dengan bayaran royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak seperti dijanjikan oleh Pakatan Harapan.

Beliau mengulangi kenyataan yang bayaran royalti 20 peratus daripada produksi akan menyebabkan Petronas kehabisan wang dan menjejaskan syarikat minyak negara itu.

Sebelum ini, Mahathir berkata jumlah 20 peratus yang dijanjikan itu ialah peratusan daripada keuntungan dan bukan produksi, yang dijangka akan berjumlah lebih kecil.

Negeri-negeri pengeluar minyak segera memberi reaksi tidak bersetuju dengan cadangan ini.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, PH berjanji meningkatkan bayaran royalti daripada jumlah asal 5 peratus kepada 20 peratus, satu tambahan yang besar.

Jumlah dijanjikan ini ialah tambahan yang berjumlah hingga berbilion ringgit, yang kini diharapkan oleh negeri Sabah yang ditadbir oleh sekutu PH, Parti Warisan.

Sarawak juga mengharapkan peningkatan jumlah royalti ini dan parti yang membentuk kerajaan sudah menjadi mesra PH.

Bagaimanapun dua negeri dikuasai PAS, Kelantan dan Terengganu, terus menuntut bayaran 5 peratus yang asal, yang telah dinafikan pada Terengganu sejak masa pemerintahan Mahathir.

“Petronas adalah sebuah syarikat yang unik kerana ia merupakan satu-satunya syarikat milik kerajaan yang terlibat dalam eksplorasi, pembangunan, pengeluaran dan petrokimia.

“Orang dari seluruh dunia meminta Petronas bekerja di negara mereka, jadi jika Petronas hanya mengutip royalti, kita akan rugi banyak. Kita perlu pertahankan kekuatan Petronas,” katanya.


Tidak cukup dengan menolak untuk menunaikan janji royalti 20 peratus itu, Mahathir juga berkata jumlah 5 peratus kadar sekarang juga besar kerana katanya kadar berdasarkan kps operasi itu juga besar bagi Petronas.

Beliau mencadangkan jumlah 5 peratus itu juga dikaji semula, memberi gambaran bahawa jumlah yang sedia dibayar kepada negeri pengeluar minyak adalah lebih kecil.

Kenyataan terbaru Mahathir ini menunjukkan lagi pencabulan terhadap janji manifesto PH yang diuar-uarkan sebelum pilihan raya lalu.

Sikap ditunjukkan Mahathir ini mendedahkan kerajaan PH berdepan masalah yang sangat besar untuk menunaikan janji manifesto, di tengah-tengah masalah kekurangan hasil kerajaan selepas GST dihapuskan.

Ini juga mendedahkan kerajaan persekutuan kepada hubungan yang tidak harmoni dengan kerajaan-kerajaan negeri pengeluar minyak.

Keengganan kerajaan pimpinan Mahathir membayar royalti seperti dijanjikan juga mungkin menunjukkan kewangan Petronas diperlukan untuk perbelanjaan lain, yang bukan sebahagian janji semasa pilihan raya.

Mahathir terus tegas dengan pendirian tidak membayar royalti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya lalu.

Bagaimanapun, negeri yang mengharapkan janji royalti 20 peratus ini mungkin boleh mengharapkan pada pemimpin yang menjanjikannya sejak 10 tahun lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang bekerja keras untuk menjadi ahli Parlimen dan menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri. – Mynewshub.tv

Kategori