Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pakai Gincu Pelik, Aishwarya...

SELEBRITI Bollywood, Aishwarya Rai menerima tohmahan dan kritikan dari peminat terhadap penampilannya pada...

Betul Ke? Peserta Sokong...

PERTELINGKAHAN antara pemimpin tertinggi dalam Malaysian Indian Congress (MIC) sejak hujung tahun lalu...

Isu Kenaikan Harga Ayam...

PUCHONG: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Wanita UMNO Pegang 4...

KUALA LUMPUR – Semangat ‘Perang Mesti Menang’ Wanita UMNO jelas terpancar pada hari...

Petisyen Desak Tommy Thomas Letak Jawatan Dibuka

KUALA LUMPUR – Kira-kira 1,900 tandatangan telah dipungut menerusi petisyen yang mendesak Peguam Negara, Tommy Thomas meletak jawatan sesegera mungkin.

Petisyen dianjurkan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) itu mula dibuka kepada orang ramai hari ini menerusi http://chng.it/MXfDLwbz atau bit.ly/TommyThomasUndur.

Menurut jurucakap Ummah, orang ramai tidak bersetuju dengan keputusan Tommy mengadakan inkues berhubung kematian seorang anggota Bomba dan Penyelamat, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dalam rusuhan di Kuil Maha Mariamman di Subang Jaya akhir tahun lalu.

Katanya, walaupun polis telah menjalankan siasatan dan mengklasifikasikannya sebagai kes bunuh, namun Peguam Negara menolaknya dan meminta inkues dijalankan.

“Ramai pihak tidak setuju, tetapi entah kenapa pejabat Peguam Negara tetap meneruskannya.

“Kini sekali lagi rakyat keliru apabila pejabat Peguam Negara mengeluarkan afidavit yang mengatakan Muhammad Adib tidak dipukul walaupun proses inkues masih berjalan.

“Ketika mahkamah masih menjalankan siasatan dengan memanggil pelbagai saksi sehingga hari yang ke 50, Peguam Negara sudah membuat satu kesimpulan,” katanya menerusi kenyataan petisyen hari ini.

Menurut jurucakap itu, keputusan berkenaan sudah pasti mengejutkan ramai pihak baik pengamal undang-undang mahupun rakyat marhaen sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.

Antaranya, ujar beliau, kenapa Peguam Negara terlalu cepat membuat rumusan dan apa bukti mereka ada sehingga berani membuat keputusan demikian.


“Sedangkan banyak bukti menunjukan sebaliknya dan adakah ada campur tangan pihak luar untuk Peguam Negara membuat keputusan?

“Kalau kita imbas kembali mengenai kes ini, sebelum inkues dijalankan terdapat beberapa saksi yang menyatakan Muhammad Adib telah dipukul.

“Antaranya, siasatan polis yang telah mengklasifikasikan sebagai kes pembunuhan, malah suspek telah dikenalpasti. Namun, mereka dibebaskan atas jaminan polis.

“Keterangan dari anggota Bomba dan Penyelamat yang menyaksikan sekumpulan orang sedang memukul Muhammad Adib,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ummah membuka petisyen kepada orang ramai yang bersetuju mendesak Peguam Negara meletakkan jawatan agar menandatangani petisyen yang disediakan. – MalaysiaGazette

Kategori