Petani Kena Potong Bantuan Tapi Menteri Menangis

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meragui keikhlasan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub yang menangis selepas membaca warkah rintihan seorang petani semalam.

Najib berkata, apa yang dilakukan oleh Salahuddin itu sama seperti menteri Kabinet lain yang berusaha untuk meraih sokongan rakyat seolah-olah mahu meraih anugerah ‘Pelakon Terbaik’.

“Yang kena potong bantuan, petani. Tapi yang menangis atas pentas, Menteri. Salah baca skrip ke apa?

“Lepas menitis air mata, jangan buat kajian lama-lama dan tak ada tindakan. Bacalah kesusahan orang kampung hari ini,” katanya melalui kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Semalam, sepucuk warkah yang dititipkan seorang petani dari Sungai Besar, Ibas Hamud menjentik jiwa Salahuddin sehingga membuatkn menteri itu menangis di atas pentas.

Warkah ringkas yang diserahkan sendiri kepada Salahuddin pada Majlis Pelancaran Hala Tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani: Prioriti dan Strategi 2019 di Dewan Maeps itu mengandungi luahan hati petani tersebut yang kecewa apabila elaun sara hidup dab subsidi kerajaan kepada golongan berkenaan dipotong. – Sinar Harian

Loading...