Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Sahkan Peletakan Jawatan...

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengesahkan peletakan jawatan Wan Saiful Wan Jan sebagai ketua...

UMNO Tolak PPBM: DAP-PKR...

UMNO Tolak PPBM: DAP-PKR Yang Untung?

Fathul Bari: Tak Sesuai...

SEBELUM ini Mynewshub ada berkongsikan foto comel seorang kanak-kanak lelaki yang mengikut bapanya...

PAS Dakwa Laporan Malaysiakini...

KUALA LUMPUR - PAS menafikan laporan portal berita pro-Pakatan Harapan bahawa Presidennya, Datuk...

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke Brunei Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Ismail Salam meninggal dunia pagi ini selepas pengsan di kediamannya di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.

Ismail berusia 51 tahun.

Abang Allahyarham, Abu Yamin Salam berkata allahyarham disahkan meninggal dunia pada 8.33 pagi selepas pengsan di kediamannya kira-kira 6.30 pagi.

“Jenazah pada masa ini berada di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan,” katanya kepada Bernama.

Jenazah dijangka dibawa pulang ke Kuching, Sarawak untuk dikebumikan.


Ismail, menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di Kementerian Luar pada 1992 dan pernah memegang jawatan Setiausaha Bahagian Eropah dari Januari 2018 sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei.

Allahyarham meninggalkan balu Rosita Ismail dan dua anak Nur Hidayah, 23, dan Haziq, 21 yang sedang menuntut di Hungary.

Kategori