Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Peraduan Palsu Menang Emas...

NAMPAKNYA selepas isu peraduan palsu yang membolehkan orang ramai memenangi 15 buah motosikal...

Sesi Temuduga Calon SPA...

KUALA LUMPUR - Sesi temuduga calon Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Kelantan yang...

IPIC Bayar Faedah AS$52.4...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata ia difahamkan bahawa pihak International...

Bersalin Disember, Zizie Umum...

PELAKON Datin Zizie Ezette mengumumkan khabar gembira di Instagramnya, bahawa beliau kini sedang...

Pesuruhjaya PAS Perlis Masih Kritikal Di HSB

ALOR SETAR – Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli yang rebah ketika sedang berucap pada satu majlis di Kangar Ahad lepas, masih kritikal dan berada di bawah pengawasan Unit Penjagaan Jantung (CCU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Ketua Penerangan PAS Perlis, Dr. Saifizi Saidon berkata sehingga lewat petang ini, masih belum ada sebarang perkembangan positif pada tahap kesihatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang itu.

“Beliau masih diletakkan di bawah pengawasan rapi pihak HSB dan hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan melawatnya. PAS Perlis menyeru agar semua pihak dapat terus mengadakan solat hajat serta mendoakan kesihatan beliau,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam Ahad lepas, Mohd Shukri rebah dipercayai akibat serangan jantung ketika berucap pada Ceramah Perdana Muafakat Nasional peringkat Perlis di Dewan 2020 di Kangar, Perlis.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah; Ketua Pemuda UMNO Perlis, Harmizan Hassan dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Mohd Ridzuan Hashim, dilihat cuba membantu beliau dengan memberikan pertolongan awal ketika kejadian.

Beliau kemudiannya dimasukkan ke CCU Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di Kangar sebelum dipindahkan ke HSB di Alor Setar, semalam.

Kategori