Peserta Remaja Pertandingan Golf Diserang Angsa

SEORANG remaja yang menyertai pertandingan golf di Kelab Golf Wolf Creek telah diserang teruk oleh seekor angsa baru-baru ini di Michigan, Amerika Syarikat.

Lapor Detroit Free Post, mangsa, Isaac Couling dari sekolah Tinggi Blissfield diserang oleh seekor angsa di Padang Golf Wolf Creek ketika baru sahaja selesai pukulan tee mula.

Remaja berkenaan menyedari terdapat seekor angsa sedang menjaga sarangnya namun gagal mengesan kehadiran seekor lagi angsa lain yang secara tiba-tiba menyerangnya dari arah belakang.

Isaac yang berusia 16 tahun itu cuba melarikan diri tetapi telah terjatuh disebabkan tidak dapat mengimbangkan badan bersama-sama beg berat yang disandangnya.

Kesempatan itu pantas digunakan oleh angsa terbabit untuk menyerang Isaac dengan berjaya mematuk lelaki berkenaan beberapa kali.

Manakala pemain-pemain lain yang berhampiran mangsa berkenaan lari menyelamatkan diri masing-masing tanpa sempat membantu mangsa.

Situasi tersebut sempat dikongsikan melalui laman medi sosial Twitter Blissfield Athletics.

Menurut kenyataan akaun tersebut, tiada berlaku kecederaan yang serius terhadap mangsa namun situasi tersebut memberi sedikit tekanan dan menjatuhkan air muka pemain tersebut.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan mengapa haiwan tersebut tiba-tiba naik angin dan menyerang mangsa. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Loading...