Peserta Datang Program Azmin Dibayar RM20?

KUALA LUMPUR – “Oh.. FELCRA bayar RM20 seorang untuk hadir kat acara Azmin?” tanya Datuk Seri Najib Razak.

Beliau merujuk surat daripada Felcra Berhad, cawangan Kuala Terengganu bertarikh 28 Julai 2019 kepada Pengurus Kawasan Bukit Sudu dan Durian Burung.

Surat berkenaan adalah bagi jemputan kehadiran peserta ke majlis Silaturrahim Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama pekebun kecil Risda negeri itu.

Majlis itu diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam hari ini.

Dalam surat yang ditandatangan oleh Ketua Bahagian Khidmat Sokongan, Sulaiman bin Mohammad itu tertera ayat yang menyatakan peserta yang hadir akan dibayar elaun berjumlah RM20 seorang.

Surat berkenaan turut dikongsi oleh bekas perdana menteri itu dalam hantaran di Facebooknya.

“Imbuhan ini siap ditulis secara terang-terangan dalam surat jemputan rasmi FELCRA.

“Ini amalan “cash is king” ke?” soalnya. – MalaysiaGazette

Loading...