Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tarif Air Selangor Dijangka...

SHAH ALAM - Peningkatan tarif air di Selangor dijangka tidak dapat dielakkan selepas...

Pencapaian Cemerlang Atlet Amat...

SEREMBAN - Pencapaian cemerlang dan terbaik direkodkan atlet negara dalam sejarah Sukan SEA...

Ekonomi Internet Asia Tenggara...

EKONOMI internet akan mewujudkan 1.7 juta pekerjaan sepenuh masa di Asia Tenggara menjelang...

Pemadam Rancang Program TOT...

JOHOR BAHRU - Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) merancang menganjurkan program 'Training of...

Peserta Acara Larian Mati Ketika Hampiri Penamat

CEMAS… Acara Larian Santai, Sihat, Cantik bertukar tragedi apabila dikejutkan dengan kematian seorang peserta dan berlaku semasa lariannya semakin hampir ke garisan penamat, hari ini.

Kejadian di hadapan Sekolah Kebangsaan Bandar Perda, Permatang Pauh, Pulau Pinang sekitar 8.42 pagi menyaksikan Baharuddin Jalil, 56, terjatuh pengsan dan terus tidak sedarkan diri ketika sedang berlari.

Lapor portal berita tempatan Sinar Harian, sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berada di lokasi kejadian segera membawa mangsa tersebut ke Hospital Bukit Mertajam.

Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum mendapatkan rawatan. Acara larian tersebut dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid ketika dihubungi media telah mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.

Siasatan awal mendapati lelaki tersebut dipercayai mati akibat penyakit yang dialaminya dan punca kematiannya tidak ada unsur jenayah.


“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.

Program larian bermula di Politeknik Seberang Perai dan dirasmikan oleh Pengerusi Pembangunan Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori