Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemandu Bas Cedera, 14...

GUA MUSANG - Seorang pemandu sebuah bas ekspres cedera di muka, manakala 14...

Taja The Red Warriors:...

KUALA LUMPUR - Syarikat telekomunikasi RedONE hanya menunggu lampu hijau daripada Persatuan Bola...

Nenek, Lima Cucu Terselamat...

CAMERON HIGHLANDS - Seorang nenek berusia 70 tahun bersama lima cucunya berumur antara...

Lelaki Cuba Samun Wanita...

KUANTAN - Polis semalam menahan seorang lelaki yang dipercayai cuba menyamun seorang wanita...

Pesawat Ukraine Bawa 180 Penumpang Terhempas Di Iran

DUBAI – Sebuah pesawat Boeing 737 milik Ukraine International Airlines terhempas akibat masalah teknikal sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Imam Khomeini, Iran.

Berdasarkan laporan agensi berita Fars, pesawat terbabit membawa 180 penumpang dan kru tetapi tiada maklumat lanjut diperoleh setakat ini.

Sementara itu, agensi berita IRNA melaporkan, Jurucakap Pertubuhan Penerbangan Awam Iran, Reza Jafarzadeh, berkata pasukan penyelamat sudah dihantar ke lokasi kemalangan.

Ketua Perkhidmatan Kecemasan Iran, Pirhossein Koulivand, berkata pesawat berkenaan terbakar serta pasukan penyelamat sudah dihantar dan beliau berharap penumpang dapat diselamatkan.

Berdasarkan laporan IRNA, pesawat berkenaan dalam perjalanan ke Kiev, Russia. – Agensi

Kategori