Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KTMB Rugi RM6 Juta...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menanggung kerugian lebih RM6 juta...

Syarikat Pembinaan Didenda RM35,000...

KUALA LUMPUR - Syarikat pembinaan Maran Econ Build Sdn Bhd hari ini didenda...

Kereta Akan Ditunda Sekiranya...

INDIVIDU yang menyalahgunakan laluan khas basikal akan dikenakan tindakan penguatkuasaan termasuk kenderaan bakal...

11 Ahli Geng 35...

SUNGAI PETANI - Seramai 11 individu termasuk dua wanita dipercayai mempunyai kaitan dengan...

Pesawat Terhempas Atas Rumah Di Mexico

MEXICO CITY – Empat orang terbunuh dan tiga lagi cedera selepas sebuah pesawat ringan hilang kawalan sebelum terhempas di atas sebuah rumah di Sinaloa, barat laut Mexico kelmarin.

Seorang penduduk juga sempat merakamkan video yang menunjukkan detik-detik pesawat itu terbang rendah sebelum terhempas di atas sebuah rumah di kawasan yang dijadikan lokasi drama Narcos yang popular dalam saluran Netflix.

Rakaman itu menunjukkan penduduk menjerit sebelum pesawat jenis Cessna milik syarikat Aerocalafia merempuh rumah berkenaan.

Sebelum terhempas, pesawat berkenaan dilaporkan terbang rendah dan mungkin mengalami masalah teknikal.

Empat mangsa yang maut dikenal pasti sebagai juruterbang dan pembantunya serta dua lagi penumpang.

Menurut laporan media tempatan, seorang lagi penumpang cedera parah manakala dua penghuni rumah berkenaan mengalami kecederaan ringan.


Laporan lain pula memberitahu, seorang wanita berusia 32 tahun dan dua kanak-kanak berusia 11 serta tiga tahun turut dibawa ke hospital.

Saksi memberitahu, mereka melihat pesawat itu melanggar kabel elektrik ketika terbang rendah sebelum terhempas di atas sebuah rumah.

Datuk Bandar Culiacan, Jesus Estrada Ferreiro turut bergegas ke lokasi kejadian untuk memantau operasi menyelamat dan penduduk di kawasan itu turut dipindahkan. – Agensi/myMetro Online

Kategori