Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Dua Perompak Pukul Nenek...

JOHOR BAHRU - Dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian rompakan dan membelasah...

Wong Tack Wakili Diri...

Bekas Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack bersedia mewakili dirinya dalam saman fitnah RM1...

Chong Wei Mara Ke...

KUCHING - Jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei mengetuai cabaran pemain negara mara...

Rakyat Malaysia Beli Ayam...

DAP membantah keras langkah kerajaan menghentikan eksport ayam kerana ia didakwa menjejaskan pendapatan...

Pesawat Terbakar: 141 Penumpang Nyaris Maut

SERAMAIĀ 141 penumpang termasuk anak kapal terpaksa berdepan dengan detik cemas apabila pesawat Peruvian Airlines terbakar ketika mendarat di lapangan terbang berhampiran bandar Ander, Jauja, Peru, pada Selasa.

ABC News melaporkan, pesawat Boeing 737-300 itu melencong ke kanan sebelum tersasar dari landasan ketika mendarat.

Pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian itu yang berlaku pada 4.30 petang Selasa (5.30 pagi Rabu waktu Malaysia) di lapangan terbang Francisco Carle yang terletak 265 kilometer dari Lima.

Peruvian Airlines dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Twitter mengesahkan kejadian dan semua 141 penumpang dan anak kapal selamat.

Namun, punca kejadian masih tidak diketahui setakat ini dan pihaknya masih mengumpul maklumat berhubung insidenĀ itu.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Peru, Carlos Basombrio berkata, kebakaran dipercayai berlaku apabila sayap terkena landasan.


“Pesawat gagal berhenti di landasan dan mereka cuba memberhentikannya menggunakan sayap.

“Ini mungkin menyebabkan berlakunya kebakaran,” katanya.

Kejadian tersebut menjadi tular di media sosial dengan memaparkan kebakaran pesawat berkenaan dan keadaan penumpang yang cuba menyelamatkan diri.

Selain itu dapat dilihat pasukan penyelamat cuba memadamkan kebakaran pada pesawat dan api yang semakin marak di sekitarĀ pesawat. – MYNEWSHUB.CC

Kategori