Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

4 Kematian, 660 Kes...

KUALA LUMPUR - Penularan Covid-19 dalam negara terus merekodkan angka tertinggi iaitu 660...

Sah, PRN Johor Bakal...

JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad mengesahkan Johor bakal menyaksikan...

Dikata Tunjuk Kemewahan, Ini...

TANGGAL 6 Ogos lalu merupakan satu tarikh yang bermakna buat pengacara kacak, Awal...

Amar Singh Berlakon Filem?

KUALA LUMPUR - “Tiada komen, saya baru hendak membaca buku itu, ada kemungkinan...

Pesawat Susi Air Ditembak Di Papua New Guinea

JAYAPURA, INDONESIA – Sebuah pesawat penumpang milik Susi Air dilaporkan ditembak di Papua New Guinea Jumaat lalu.

Pesawat berkenaan terkena tembakan di bahagian roda ketika melakukan penerbangan dari Lumo menuju ke Mulia, lapor CNN.

Ketika kejadian, pesawat jenis Pilatus PC-6 itu membawa lapan penumpang termasuk lima anggota tentera.

Kejadian itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Papua, Irjen Pol Boy Rafli yang turut mengesahkan pesawat berkenaan selamat.

“Pesawat berkenaan bernasib baik kerana dapat mendarat dengan selamat tanpa sebarang insiden di Mulia,” katanya.


Menurutnya,tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan berlaku dalam insiden itu.

Siasatan kini giat dijalankan bagi mencari punca sebenar tembakan berkenaan yang hampir menyebabkan tragedi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori