Pesawat Israel Bedil Gaza

BAITULMAQDIS – Pesawat Israel melancarkan beberapa siri serangan terbaru menyasarkan lokasi di utara Semenanjung Gaza, semalam.

Jurucakap tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, serangan berjaya memusnahkan beberapa pos kawalan milik pergerakkan Hamas.

Bagaimanapaun, tiada laporan kematian susulan serangan itu.

Tambah kenyataan itu, serangan dilakukan sebagai tindak balas selepas penduduk Palestin menerbangkan ‘belon letupan’ ke wilayah diduduki Israel.

Penduduk Gaza menghantar belon berisi bahan letupan ke selatan Israel sejak beberapa bulan lalu selari dengan bantahan mingguan dan pertempuran yang berlaku di sempadan. – Agensi

Loading...