Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Insya-ALLAH Kita Masuk Pintu...

KOTA BHARU - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu...

Kementerian Kerja Raya Kaji...

BATU  MAUNG - Kementerian Kerja Raya akan mengkaji semula semua infrastruktur projek yang telah...

Konstabel Polis Didakwa Terima...

ALOR SETAR - Seorang konstabel polis hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di...

Lelaki Keluarkan Alat Sulit...

BUKAN sekali dua kita mendengar kes penumpang wanita diraba oleh lelaki ketika menggunakan...

Pesawat Bawa Rakyat Malaysia Dari Wuhan Tiba Di KLIA

KUALA LUMPUR – Pesawat khas yang disewa bagi membawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan, China selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.57 pagi tadi.

Penerbangan AirAsia (AK8264) itu membawa seramai 133 orang yang terdiri daripada 107 penumpang, 20 petugas misi dan enam pegawai daripada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing.

Bagaimanapun, nasib beberapa lagi rakyat Malaysia yang sepatutnya pulang bersama misi tersebut masih belum diketahui dan akan dimaklumkan dalam satu sidang akhbar yang akan diadakan di sini hari ni.

Sebanyak lima buah bas digunakan untuk membawa 133 rakyat Malaysia termasuk 26 pegawai kerajaan dan anak kapal sebaik tiba di KLIA dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Malaysia ke China.

Dua bas yang membawa kumpulan pertama tiba di Pusat Pemantauan sekitar jam 9 pagi tadi manakala tiga buah bas lagi yang membawa penumpang selebihnya masih disaring di Unik Kecemasan Udara (ADU).

Semalam, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan semua penumpang tersebut akan melalui tapisan kesihatan mengikut ketetapan pihak penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe Wuhan sebelum dibenarkan memasuki pesawat untuk berlepas balik ke Malaysia.


Sebaik sahaja tiba di Malaysia, semua penumpang akan melalui tapisan kesihatan di Air Disaster Unit (ADU), KLIA.

Bagi mereka yang dikesan mempunyai simptom akan dibawa terus ke hospital manakala yang melepasi saringan akan dibawa terus menaiki bas ke Pusat Pemantauan yang telah ditetapkan untuk tujuan pemantauan bagi tempoh 14 hari.

NADMA pada masa sama akan berhubung dengan semua waris penumpang untuk memaklumkan urusan penerbangan pulang dan memberi penerangan berkaitan proses kuarantin yang perlu dilalui sepanjang 14 hari. – Sinar Harian

Kategori